CAKNA dengan keperluan Kelantan dalam menghadapi pandemik Covid-19, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyerahkan sumbangan kotak intubasi dan pelindung muka kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, semalam.
JKN Kelantan pada entri laman facebooknya hari ini berkata, penyerahan sumbangan 50 unit kotak intubasi dan 300 unit pelindung muka itu diadakan di UMK Pengkalan Chepa.
Katanya, sumbangan tersebut adalah di bawah dana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
“Projek ini adalah hasil kerjasama antara Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dan Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi),UMK.
“Terima kasih diucapkan,” katanya.