Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Vaksin Covid- 19: Polis akan ambil keterangan individu dakwa kakitangan SUK potong Q

Vaksin Covid- 19: Polis akan ambil keterangan individu dakwa kakitangan SUK potong Q

keadmin by keadmin
9 March 2021
in Lokal
0 0
0
120
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KOTA BHARU- Polis akan mengambil keterangan individu yang dipercayai menyebarkan dakwaan kakitangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba memotong barisan sebagai penerima awal suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah menghubungi suspek yang berada di Putrajaya untuk menetapkan tarikh bagi merekodkan keterangannya itu.

“Dalam siasatan setakat ini, polis juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 di sini, hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Mohamad Taufik Ramli membuat laporan polis berhubung perbuatan individu yang menyebar maklumat kononnya ‘200 ahli SUK Kelantan’ cuba memotong barisan sebagai penerima vaksin Covid-19.

Sebelum ini, tular di media sosial antaranya Twitter yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ‘200 ahli SUK’.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis juga menerima laporan berhubung gambar tular memaparkan pembonceng dan penunggang motosikal yang merupakan pelajar sekolah menengah yang memakai seragam sekolah dengan diconteng tulisan berunsur lucah mempersendakan guru.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kedua-dua pelajar terlibat sudah diambil keterangan…jadi kita akan tunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kepatuhan SOP di sekolah di seluruh Kelantan, Shafien berkata berdasarkan beberapa laporan yang diterimanya, sekolah di negeri itu mematuhi SOP yang ditetapkan sejak ia dibuka semula minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya juga akan turun ke sekolah-sekolah dengan lebih kerap untuk memantau pematuhan SOP di sekolah,” tambahnya.

Bernama

Previous Post

Ragini tuntut pemain tebus kemenangan

Next Post

3 buruh Indonesia didakwa rogol OKU di Melor

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman

3 buruh Indonesia didakwa rogol OKU di Melor

PKINK bantu usahawan Kelantan, sediakan kemudahan peralatan, pemasaran dan promosi

PKINK bantu usahawan Kelantan, sediakan kemudahan peralatan, pemasaran dan promosi

Tak pakai topi keledar, pelajar tular carut guru diambil tindakan

Pelajar carut guru terima lima saman trafik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist