KOTA BHARU–Seorang Youtuber hari ini direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang gadis berusia 24 tahun.
Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada Ogos lalu ketika satu sesi lakonan.
Majistret, Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah reman tersebut bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 22 tahun, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang Youtuber terkenal tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.
Terdahulu satu twiter mendedahkan seroang wanita dipercayai mangsa tersebut mencerita bagaimana kejadian tersebut berlaku sehingga beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek menyerah diri pada jam 10.30 l.