Ketika tempoh pendemik Covid 19 ketika ini, rakyat tertunggu-tunggu segala bentuk bantuan dari kerajaan.
Justeru, Pengeluaran pertama i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan bermula pada 11 Januari 2020 ini menjadi saat yang ditunggu-tunggu semua pihak.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memohon rakyat bersabar semasa proses itu dilakukan
Katanya, mereka yang layak dan mempunyai maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP, sistem akan memberikan kelulusan secara automatik dan keputusan akan diketahui pada 4 Januari ini.
“Bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP, sistem akan memberi kelulusan secara automatik dengan keputusan pertama akan diketahui pada 4 Januari 2021.
“Bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima. InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021. Keputusan permohonan bagi mereka yang ada data di dalam KWSP, akan diketahui 4 Januari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, proses semakan permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sedang dijalankan.
Katanya pembayaran bagi mereka yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021.
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), beliau berkata, setakat 4 Disember 2020, seramai 10.13 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pembayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan jumlah RM4.6 bilion, atau 97 peratus daripada RM4.8 bilion yang telah diluluskan bagi fasa pertama.
Proses pembayaran melalui BSN juga masih diteruskan sejak 26 Oktober lepas.