Saya amat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara penting negara pada hari ini.”
Demikian kata Kapten Hamdan Che Ismail, individu yang bertanggungjawab menerbangkan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang tiba di Malaysia pagi tadi.
Terdahulu, ketibaan pesawat itu disambut beberapa kenamaan termasuk dua menteri berkaitan.
Hamdan menerbangkan pesawat A330 MAS yang membawa pulang vaksin pertama Covid-19 ke negara ini dari Belgium yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.07 pagi tadi.
Kapten Hamdan yang berasal dari Tumpat, Kelantan sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS, kongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebook rasminya hari ini
o