KUALA LUMPUR-Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat sokongan untuk menubuhkan kerajaan persekutan yang baru.
Dalam satu sidang media khas hari ini, Anwar berkata, beliau mendapat sokongan hampir dua pertiga dan yakin kerajaan baru ditubuhkan sangat kukuh.
“Majoriti tidak kurang 10 kerusi, saya tidak mahu sebut jumlah keseluruhan kerana angka ini perlu dipersembahkan kepada YDP Agong, “katanya.

Anwar , berkata beliau sepatutnya mengadap YDP Agong kelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di hospital.
Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi melicinkan peralihan kuasa tersebut.
“Kita sedia bekerjasama dengan Muhyiddin supaya peralihan teratur dan boleh beliau boleh khidmat dengan kedudukan sesuai,”katanya.