Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.
Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Anwar dalam sidang medianya berkata, beliau beliau menerima cukup sokongan melebihi 120 kerusi dan mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyidin Yasin tumbang.
Dalam masa yang sama, kira-kira jam 2 petang, Tengku Razalegh Hamzah mengadap Yang di-Pertuan Agong sekaligus mencetus spekulasi baru.
Umno pula dijangka mengadakan mesyuarat biro politiknya malam ini.
Sementara itu, Tan Sri Muhyidin Yasin diiangka mengadakan sidang media pada jam 5 petang.