Saturday, 6 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Agama
Kerajaan perlu tegas tangani isu ‘Sugar Baby’

Kerajaan perlu tegas tangani isu ‘Sugar Baby’

keadmin by keadmin
16 February 2021
in Agama, Nasional
0 0
0
32
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KOTA BHARU -Isu ‘Sugar Baby’ bukan isu hak kebebasan bersosial, tetapi mampu merobek maruah serta menjatuhkan kedudukan nilai diri seorang pelajar wanita.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, laporan berkenaan kegiatan ‘Sugar Baby’ di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Lembah Klang amat memeranjatkan.

Katanya, sekiranya jumlah yang dilaporkan itu adalah benar, ia merupakan satu tamparan yang hebat kepada pihak-pihak berkenaan.

Tambahnya, pihak pentadbir universiti perlu berperanan dengan mengambil tindakan tegas kepada pelajar terlibat dengan gejala tersebut berdasarkan peraturan-peraturan yang ada supaya ia menjadi satu pengajaran dan amaran kepada mereka yang mula berjinak-jinak dengan amalan yang bertentangan dengan moral ini.

“Dalam hal ini, Lajnah Pendidikan Pas Pusat ingin menyarankan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya menyemak semula seterusnya merangka kompenan kursus wajib universiti merangkumi silibus penghayatan Islam bagi pelajar beragama Islam dan penghayatan moral kepada bukan Islam bagi membendung aktiviti negatif ini dari terus berleluasa.

“Di samping itu, pihak KPT juga perlu menekankan program pembinaan sahsiah dan pembentukan akhlak sama ada dalam bentuk ko-kurikulun atau aktiviti luar kuliah yang menekankan jati diri, negara bangsa dan khidmat negara.

“Tidak ketinggalan pihak luar universiti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), badan bukan kerajaan (NGO) dakwah atau badan-badan tertentu yang mempunyai talian dengan pihak pengurusan universiti mewujudkan program dalaman yang dapat membantu pelajar insaf dengan pelakuan buruk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi pada laman media sosial miliknya.

Tambah Mohamed Fadzli, Lajnah Pendidikan Pusat amat berharap agar pihak kerajaan khususnya KPT dengan kerjasama kementerian tertentu seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri dapat bergabung tenaga menangani permasalahan ini dengan penuh ketegasan dan hikmah.

Namun dalam pada itu, katanya, pihaknya masih menaruh harapan tinggi bahawa jumlah seramai 12,705 orang seperti yang dilaporkan itu tidak benar dan hanya gimik operasi pihak tertentu sahaja untuk mendapatkan perhatian umum.

 

Previous Post

Abdul Hadi stabil di IJN, penat bekerja jadi punca

Next Post

Pengusaha bas dan van sekolah Kelantan gulung tikar

Related Posts

Suami tembak isteri guna senapang angin
Jenayah

Suami tembak isteri guna senapang angin

5 March 2021
Harga runcit produk petroleum kekal
Nasional

Harga runcit produk petroleum kekal

3 March 2021
Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah
Lokal

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

2 March 2021
Next Post
Pengusaha bas dan van sekolah Kelantan gulung tikar

Pengusaha bas dan van sekolah Kelantan gulung tikar

Terjun ke dalam perigi selepas  bakar diri

Terjun ke dalam perigi selepas bakar diri

Kerajaan perlu tegas tangani isu ‘Sugar Baby’

Pengasas Sugarbook ditahan polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist