Friday, 5 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Nasional
KPDNHEP akan kemuka permohonan benarkan makan di premis

KPDNHEP akan kemuka permohonan benarkan makan di premis

keadmin by keadmin
7 February 2021
in Nasional
0 0
0
70
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KUALA BERANG — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata permohonan itu akan dikemukakan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Beliau berkata  permohonan itu dibuat bagi membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.

“Bagi setiap satu premis yang dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan sekurang-kurangnya lima individu yang terlibat dalam rantaian pembekal barangan dan bahan mentah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak ‘Prihatin Mart’ di Dataran Kampung Langgar,semalam.

Beliau berkata rata-rata pemilik premis dan trak makanan yang mengadu nasib mereka kepada KPDNHEP berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MKN sekiranya aktiviti itu dibenarkan.

Sementara itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan memohon supaya premis menjual pakaian dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini demi memastikan kelangsungan hidup peniaga dan pekerja terutama di musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa bulan lagi.

“Kita tahu sekarang ini kita dalam dilema antara ekonomi dan kesihatan. Lagipun kluster baharu banyak berlaku di kawasan tapak pembinaan, kawasan-kawasan perniagaan seperti restoran dan kedai makan, pasar malam dan premis jual pakaian tiada lagi kluster jadi kita harap MKN dapat pertimbangkan.

“Ini rintihan rakyat dari akar umbi yang terkesan dengan COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

 

Previous Post

Misi bantuan pasca banjir DPMM, PPIM, APM di Kelantan

Next Post

Kelantan rancang guna air sungai, kurangkan penggunaan air bawah tanah

Related Posts

Harga runcit produk petroleum kekal
Nasional

Harga runcit produk petroleum kekal

3 March 2021
Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah
Lokal

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

2 March 2021
Ekonomi akan terus dibuka namun tidak pergerakan rakyat.
Nasional

Ekonomi akan terus dibuka namun tidak pergerakan rakyat.

1 March 2021
Next Post
Kelantan rancang guna air sungai, kurangkan penggunaan air bawah tanah

Kelantan rancang guna air sungai, kurangkan penggunaan air bawah tanah

“Ayuh oghe Kelate, kita pasti menang”

"Ayuh oghe Kelate, kita pasti menang"

Bill Gates ramal bencana alam besar landa dunia melebihi Covid-19

Bill Gates ramal bencana alam besar landa dunia melebihi Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist