Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Nasional
Lelaki rentas negeri jumpa kekasih larikan diri dari polis

Lelaki rentas negeri jumpa kekasih larikan diri dari polis

keadmin by keadmin
15 April 2021
in Nasional
0 0
0
173
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

SEREMBAN – Seorang lelaki bertindak memecut kereta dipandunya selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, tindakan lelaki itu bagaimanapun membawa padah apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan ketika dikejar kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati pemandu berusia 29 tahun itu datang dari Melaka dan melakukan kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran polis.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dikatakan datang ke Seremban untuk bertemu teman wanitanya yang berusia 21 tahun.

“Dalam kejadian itu, unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban sedang menjalankan rondaan di Bukit Chedang dan ternampak sebuah kereta jenis Hyundai dinaiki sepasang kekasih dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu kereta didapati tidak berhenti apabila diarahkan untuk pemeriksaan dan bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Said berkata, berikutan itu, polis terpaksa mengejar kenderaan berkenaan dengan dibantu tiga lagi MPV polis.

“Ketika cuba melarikan diri, pemandu itu turut melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran dan melanggar cermin sisi sebuah kereta lain. Kenderaannya akhirnya terbabas dan berjaya ditahan di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini.

“Berdasarkan ujian air kencing, suspek lelaki juga positif dadah jenis methamphetamine. Dia direman sehingga Khamis, manakala teman wanitanya direman sehari bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, polis mengambil tindakan di bawah Seksyen 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap lelaki berkenaan – Sinar Harian

 

Previous Post

Pejabat MAIK ditutup esok untuk sanitasi

Next Post

“Tok tahu sapo tepoh, sedar- sedar dah cacat”..

Related Posts

PKINK umum perlantikkan baru
Nasional

PKINK umum perlantikkan baru

9 January 2022
Kes positif Kelantan dijangka turun dua minggu lagi
Nasional

Kes harian Covid-19 terus meningkat

9 December 2021
Mangsa runtuhan jalan Simpang Pulai dikeluarkan
Nasional

Mangsa runtuhan jalan Simpang Pulai dikeluarkan

2 December 2021
Next Post
“Tok tahu sapo tepoh, sedar- sedar dah cacat”..

"Tok tahu sapo tepoh, sedar- sedar dah cacat"..

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Kelantan naik lagi..

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Kelantan naik lagi..

PKP Kelantan: 17 sekatan jalan raya bermula tengah malam ini

PKP Kelantan: 17 sekatan jalan raya bermula tengah malam ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist