KOTA BHARU- “How about all stay at home for a while again?”
(Macam mana kalau semua kita berkampung dirumah sekali lagi)
Itu ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini.
Kata-kata itu merujuk kepada situasi terkini Covid-19 yang menyaksikan hampir seluruh negeri sudah kembali mencatatkan kes terbaru.
Kes jangkitan terbaru banyak melibatkan jangkitan dari Sabah khususnya mereka yang pulang dari kempen PRN Sabah.
Sudahkah kita bersedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)diperkenalkan semula?.
Di Kelantan kini, terdapat empat kes termasuk seorang bayi berusia setahun lima bulan.