Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
Menteri Kanan Keselamatan Malaysia, Datuk Ismail Sabri berkata, PKPB itu berkuatkuasa selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020.
Dalam tempoh itu, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri seperti SOP sebelum ini termasuklah bilangan menaiki kenderaan hanya dibenarkan dua orang dalam satu kereta.