KUALA LUMPUR – Sekolah akan dibuka di seluruh negara pada 1 Mac ini melibatkan murid prasekolah, tahun satu dan dua.
Manakala murid tahun tiga, empat, lima dan enam akan mula bersekolah seminggu kemudian iaitu pada 8 Mac.
Bagi sekolah menengah pula,
sesi persekolahan bermula pada 4 April ini bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sekolah di negeri lain akan memulakan sekolah pada 5 April ini.
Pembukaan sekolah itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media pembukaan sekolah, di sini hari ini.
Kredit Foto : Facebook