Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Nasional
Kelantan bebas kluster baharu hari ini

Tiada varian Mu dikesan di Malaysia: MOSTI

keadmin by keadmin
1 October 2021
in Nasional
0 0
0
61
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KUALA LUMPUR l Tiada varian Mu Covid-19 dikesan daripada sampel-sampel yang diambil di seluruh negara sehingga kini, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut kenyataan MOSTI hari ini sehingga 30 Sept lalu, sejumlah 1,312 sampel dianalisis oleh konsortium merangkumi tujuh makmal seterusnya meningkatkan jumlah genom yang dimuat naik ke Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) kepada 3,009.

Menurut MOSTI makmal-makmal tersebut adalah Institut Genom Malaysia (GMI); Institut Penyelidikan Perubatan (IMR); Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI);

Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM); Jabatan Mikrobiologi Fakulti Perubatan UM; Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara serta Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak.

Menerusi analisis itu, sebanyak 1,246 sampel atau 94.9 peratus dikenal pasti sebagai varian jenis delta, 11 sampel beta dan 55 dari varian lain yang sampel-sampel tersebut dipilih oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan diambil dari seluruh negara.

“Varian delta ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar infektiviti yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya kluster baru tempatan dengan pantas,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOSTI maklumat tentang varian dan penularan varian amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus untuk membendung dan mengawal penularan varian yang amat berbahaya, serta menggiatkan lagi program pembangunan vaksin tempatan.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Menteri MOSTI Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan kementeriannya meluluskan RM3,227,200 di bawah Dana Penyelidikan Strategik untuk membiayai projek genome surveillance virus SARS-CoV-2 yang merupakan virus penyebab penyakit Covid-19.

Projek tersebut dijangka menjujuk 3,000 genom virus SARSCoV-2 yang penting dan strategik untuk mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 terutamanya varian yang membimbangkan (VOC) seperti varian Delta serta varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) seperti varian Lambda dan Mu.

“Ini merupakan perkembangan sokongan pembiayaan MOSTI dalam meningkatkan ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan vaksin tempatan yang kondusif serta berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MOSTI turut mengumumkan tambahan dana RM13.9 juta kepada konsortium merangkumi tujuh makmal untuk memudah cara kerjasama dan menjana hasil-hasil penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit virus SARS-CoV-2, seterusnya memangkinkan pembangunan vaksin tempatan.

Kenyataan itu juga memaklumkan melalui program tersebut kapasiti ujian berjaya ditingkatkan sebanyak lima kali ganda dengan jumlah ujian bagi ketujuh-tujuh makmal terlibat melebihi 1,000 ujian genom sebulan berbanding 200 sebulan sebelum ini.

“Dengan sokongan dana daripada MOSTI ini, dijangka sebanyak 10,000 penjujukan tambahan genom virus SARS-CoV2 akan dapat dicapai,” menurut kenyataan itu – BERNAMA

Previous Post

30,507 remaja Kelantan sudah divaksin

Next Post

Tinggal 4% lagi sebelum rentas regeri dibenarkan

Related Posts

PKINK umum perlantikkan baru
Nasional

PKINK umum perlantikkan baru

9 January 2022
Kes positif Kelantan dijangka turun dua minggu lagi
Nasional

Kes harian Covid-19 terus meningkat

9 December 2021
Mangsa runtuhan jalan Simpang Pulai dikeluarkan
Nasional

Mangsa runtuhan jalan Simpang Pulai dikeluarkan

2 December 2021
Next Post
PKP 3.0 disambung hingga 28 Jun

Tinggal 4% lagi sebelum rentas regeri dibenarkan

Tiga lelaki diburu polis  bantu selesai kes di Bachok

Tiga lelaki diburu polis bantu selesai kes di Bachok

Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah dimuktamad Khamis ini

88 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist