Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohammed Noah meninggal 4.30 petang ini.
Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, menghembuskan nafas terkahir di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
Khabar pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun itu disahkan sendiri oleh Najib menerusi akaun Twitter rasminya.
“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada.
Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir.Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,”katanya.
Terdahulu, beberapa kenamaan termasuk Yang Dipertuan Agong mengadakan lawatan kepada Najib.
Turut sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.