Polimik politik yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa dilihat berada dalam fasa seterusnya apabila beliau hari ini memulangkan paku buah keras kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad.
Terdahulu Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Umno Johor menyifatkan Annuar sudah mati dalam Umno.
Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Annuar yang seringkali mempertahankan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Annuar yang juga Setiausaha BN hari ini dalam nada sindiran bersyukur kerana mati dalam Islam.
“Ada yg kata saya dah mati dalam Umno..kalau begitu, Alhamdulillah.Yang penting saya mati dalam Islam..dan syukur jika saat itu saya kekal ahli Umno,
“Setidak tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi parlimen dan DUN utk Umno,”katanya yang merujuk kepada kemenangan Umno di Parlimen Ketereh dan Dun Kok Lanas.
Annuar seterusnya mempersoalkan pemimpin yang berada dalam negeri kuat Umno tetapi gagal menyumbang kerusi.
“Ada yang hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi untuk umno…pedih kan?you ask for it!,”katanya.
Untuk rekod, dalam PRU yang lalu, Nur Jazlan tewas kepada Datuk Seri Salahuddin Ayub
di Parlimen Pulai.