Umno Kelantan meminta Pas membuat keputusan jelas sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam menghadapi PRU 15 nanti.
Perkara itu antara yang diputskan oleh Umno Kelantan dalam mesyuaratnya yang dihadiri 12 daripada 13 bahagian pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Umno Kelantan, Akbar Salim berkata, Umno Kelantan turut menyokong kepimpinan Datuk Seri ZahId Hamidi sebagai presiden.
“Umno Kelantan akan terus menyokong institusi kepresiden dan menyokong YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dipilih secara demokrasi,”katanya.
Akhbar berkata, dalam mesyuarat itu turut membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu.
“(Ia) Sebagaimana yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan bahagian daripada 13 bahagian yang bermesyuarat,”katanya.
Dalam pada itu, Akbar berkata pendirian Umno Ketereh yang dihantar kepada presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui badan perhubungan Umno Negeri.
Sebelum ini Umno Ketereh mahu Datuk Seri Zahid Hamidi membuat perundingan dengan PN bagi menentukan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU 15 nanti.