Saturday, 6 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Putra mahu tanding 30 kerusi, rampas kerajaan Kelantan

Putra mahu tanding 30 kerusi, rampas kerajaan Kelantan

Kelantan Admin by Kelantan Admin
12 December 2020
in Lokal, Politik
0 0
0
1.9k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyasarkan sebanyak 30 atau lebih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada PRU 15 nanti sekaligus merampas kerajaan Negeri.

Presiden Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pihaknya akan memberi cabaran sengit kepada Pas yang telah memerintah negeri itu selama lebih 30 tahun tetapi tiada kemajuan dan pembangunan dilakukan.

Beliau dalam masa yang sama bersedia berkerjasama dengan mana-mana parti politik lain bagi mengelak pertembungan tiga hingga empat penjuru di negeri tersebut.

“Kita tidak akan umum calon itu sehingga hari penamaan calon.
Kita sudah mengenal pasti calonnya, yang kita pilih berdasarkan integriti, rekod peribadi yang bersih dan disenangi oleh rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Putra Malaysia pada Persidangan Agung Tahunan Putra 2020-2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Untuk rekod mana-mana parti politik yang ingin menawan Kelantan perlu mendaptkan sekurang kurang 23 kerusi.

Ibrahim berkata, bagi peringkat parlimen, sekurang-kurangnya 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang disasarkan dan akan diberi tumpuan.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, dengan ada wakil parti itu di Dewan Rakyat dan DUN nanti, akan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan memerintah agar tidak alpa menjaga kebajikan rakyat.

“Saya sudah maklumkan kepada seluruh pemimpin Putra yang kita akan bertanding di 40 kerusi Parlimen dan lebih 30 kerusi DUN di Kelantan,”katanya.

Seramai 250 perwakilan Putra dari seluruh negara hadir, iaitu jumlah yang dihadkan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut hadir wakil dari tiga kedutaan luar iaitu Pakistan, Iran dan Turki serta ketua wakil kelab penyokong Putra.

Sementara itu, memetik Malaysia Gazate dalam ucapannya, Ibrahim yang dikenali Tok Him berkata, Putra akan menjadi kuasa ketiga bagi memainkan peranan semak dan imbang parti-parti politik yang sedia ada sekarang.

Ujar beliau, selaku kuasa ketiga, Putra tidak akan beretorik atau sekadar menipu rakyat demi untuk mendapatkan undi pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya, Putra akan bersikap dengan penuh keberanian serta iltizam politik untuk merealisasikan impian bangsa peribumi supaya pisang tidak berbuah dua kali.

“Cukuplah wahai bangsa peribumi, jangan lagi mengulangi pengalaman sebelum ini, salah memilih pemimpin dan parti. Jangan sudah terhantuk baru hendak tengadah.

“Ketika ini landskap politik negara sudah berubah. Saya meramalkan PRU-15 nanti tiada mana-mana parti akan menjadi dominan dan tidak mustahil akan berlaku kerajaan campuran,” katanya.

Putra, katanya, untuk ketika ini tidak akan menyertai atau terikat dengan mana-mana blok politik, bagi membolehkan parti itu bersuara lantang dalam isu melibatkan kepentingan bangsa peribumi.

Previous Post

Covid 19 memuncak di Selangor: Perantau Kelantan perlu simpati kepada mak ayah

Next Post

Akhirnya kerajaan perlu biarkan rakyat bebas kerana Covid-19 akan sentiasa ada

Related Posts

Sebuah rumah, 7 kenderaan di Gua Musang musnah dalam kebakaran
Gua Musang

Sebuah rumah, 7 kenderaan di Gua Musang musnah dalam kebakaran

5 March 2021
Remaja Cerebral Palsy perlu RM6,120
Lokal

Remaja Cerebral Palsy perlu RM6,120

5 March 2021
Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung
Kota Bharu

Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

4 March 2021
Next Post
Akhirnya kerajaan perlu biarkan rakyat bebas kerana Covid-19 akan sentiasa ada

Akhirnya kerajaan perlu biarkan rakyat bebas kerana Covid-19 akan sentiasa ada

Luqman rindu ike singge, budu

Luqman rindu ike singge, budu

Kerajaan tambah peruntukkan cantikkan “kundasang Kelantan”

Kerajaan tambah peruntukkan cantikkan "kundasang Kelantan"

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist