Umno Ketereh mahu BN dan PN memulakan perundingan kerusi bagi memperkukuhakan gabungan bagi menghadapi PRU15.
Perkara itu diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Umno Ketereh yang dipengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.
Dalam satu catatan di laman Facebooknya, Annuar yang juga Ketua Umno Ketereh berkata, cadangan tersebut terus dihantar kepada Presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi
Antara lain, cadangan lain turut menggesa Kerajaan Pakatan Nasional menamakan calon Timbalan Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Selain itu, mesyuarat itu memutuskan menyokong gabungan PN, BN, GPS (Sarawak) dan GRS (Sabah).
Gabungan itu juga mahu kerjaann terus fokus kepada agenda kestabilan politik, agenda rakyat, memerangi covid-19 serta memulihkan ekonomi negara.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.