Saturday, 6 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Budaya & Seni
Kemunchup kampung aktif, kaya seni budaya

Kemunchup kampung aktif, kaya seni budaya

Semangat kerjasama utuh jadi kekuatan kampung

keadmin by keadmin
1 October 2020
in Budaya & Seni, Lokal, Machang, Rencana
0 0
0
83
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

MACHANG – Semangat kerjasama yang tinggi antara penduduk tanpa mengira usia menjadi rahsia kejayaan Kampung Kemunchup, di sini dalam menjayakan apa sahaja program atau aktiviti kampung.

Bagi mereka kejayaan tersebut bukan datang dengan mudah namun semangat kekitaan yang tinggi menjadi kekuatan tanpa mengira latar belakang penduduk.

Dan semangat itu dibuktikan dengan kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan dengan cara mereka yang tersendiri.Sebut apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan di daerah ini, pasti nama Kampung Kemunchup tidak ketinggalan dalam senarai penyertaan.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga seringkali memenangi pelbagai hadiah pada Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia, Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan penglibatannya dalam pelbagai aktiviti agensi kerajaan, kampung itu juga kaya dengan kesenian dan budaya Melayu.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemunchup, Nawai Shayal, kampung yang dinamakan sempena sejenis rumput iaitu Kemuncup itu dibuka oleh Tok Imam Awang Besar pada tahun 1816 yang membina sebuah surau di kawasan padang yang dipenuhi rumput kemuncup bersama beberapa ahli keluarganya yang lain.

Katanya, kebanyakkan penduduk di kampung itu mempunyai hubungan persaudaraan dan kebanyakkan penduduk bekerja sendiri dalam pelbagai bidang termasuk pertanian.

 

Nawai

Kaya kesenian dan budaya Melayu

Katanya, selain aktif dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan agensi kerajaan, kampung tersebut terkenal dengan seni kebudayaan Melayu termasuk permainan dikir barat, gasing, mak yong, puteri dan wayang kulit.

Katanya, tradisi tersebut masih dikekalkan dan sering dipersembahkan kepada tetamu-tetamu yang hadir termasuk pelancong-pelancong asing yang tinggal di inap desa kampung itu.

“Boleh dikatakan, sebelum wabak koronavirus (Covid-19), setiap bulan kami menerima tetamu di sini termasuk pelancong asing dan seni kebudayaan tersebut menjadi satu tarikan kepada mereka untuk menikmati suasana kampung di sini.

“Malah masih ada di kalangan warga emas di sini yang mampu menghasilkan sendiri permainan tersebut seperti gasing dan kertok.

Program inap desa lonjak ekonomi penduduk

Program inap desa yang diusahakan penduduk sejak 10 tahun lalu terus diperkasakan malah berjaya melonjakkan ekonomi penduduk dengan kehadiran pelancong-pelancong dari luar negera.

Program yang melibatkan penyertaan 12 buah rumah tersebut mampu memberikan pendapatan tambahan kepada peserta yang terlibat seterusnya membuka mata pelancong tentang keistimewaan kampung itu.

Antara anugerah yang diterima adalah Homestay Kelantan (Kawasan Rukun Tetangga/ Skim Rondaan Sukarela) 2014 dan Anugerah Pendapatan Homestay Terbaik Kelantan 2017.

Bukan sahaja menyediakan penginapan dalam suasana kampung tetapi Kampung Kemunchup turut menawarkan persembahan kebudayaan dan permainan tradisional Melayu sesuai dengan kebolehan penduduknya dalam bidang tersebut.

Nawai Shayal berkata, pihaknya banyak menerima kehadiran pelancong dari Belanda yang mana meluangkan masa beberapa hari di rumah inap desa yang disediakan.

“Kebanyakkan yang datang ke kampung ini adalah dari Belanda dan kami ajak mereka mendekati cara hidup dan budaya kita sepanjang tempoh penginapan mereka.

“Mereka didedahkan dengan cara hidup, makanan, budaya dan Alhamdullilah, mereka suka dan ada yang datang buat kali kedua serta mengesyorkan kampung ini untuk rakan-rakan mereka,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan Malaysia yang banyak membantu bagi merealisasikan program tersebut termasuk memberi latihan kepada peserta-peserta inap desa.

Katanya, program tersebut bukan hanya berjaya membangunkan kampung tetapi juga meningkatkan pendapatan penduduk dan pihaknya berharap lebih ramai penduduk akan memanfaatkan program ini pada masa akan datang.

“Kami berharap Covid-19 akan segera berakhir dan program inap desa kampung ini akan dapat beroperasi semula seperti biasa,” katanya.

Nawai mewakili Inap Desa Kampung Kemunchup menerima anugerah Pendapatan Homestay Terbaik Kelantan 2017

 

 

 

Previous Post

H Elite Design Tunjong, lokasi riadah mendamaikan

Next Post

Kelantan FA kini menjadi Kelantan FC

Related Posts

Sebuah rumah, 7 kenderaan di Gua Musang musnah dalam kebakaran
Gua Musang

Sebuah rumah, 7 kenderaan di Gua Musang musnah dalam kebakaran

5 March 2021
Remaja Cerebral Palsy perlu RM6,120
Lokal

Remaja Cerebral Palsy perlu RM6,120

5 March 2021
Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni
Budaya & Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021
Next Post
Kelantan FA kini menjadi Kelantan FC

Kelantan FA kini menjadi Kelantan FC

Dua lagi kes Covid-19 di Kelantan

Dua lagi kes Covid-19 di Kelantan

16 penjawatan Kesedar perlu diisi

16 penjawatan Kesedar perlu diisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist