Saturday, 27 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Bako terima bayaran pertama

Bako terima bayaran pertama

TRW Sdn Bhd lunas RM558,000 kepada bekas pemain import Kelantan itu

keadmin by keadmin
16 October 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
695
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Bekas pemain antarabangsa Lubnan, Abou Bakr Al-Mel akhirnya menerima kembali haknya semalam, tiga tahun selepas meninggalkan Kelantan dengan gaji tertunggak memaksa dia mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pembayaran tersebut dilakukan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, milik Norizam Tukiman yang menguruskan pasukan Kelantan FC dengan ia dilihat antara proses “pemutihan” satu demi satu hutang yang membelenggu bola sepak Kelantan, selama ini.

Bekas penyerang import Kelantan musim 2017 itu menerima bayaran fasa pertama sebanyak USD133,000.00 (RM558,733) daripada jumlah keseluruhan tunggakan gajinya, USD233,000.00.

Sementara baki USD100,000.00 lagi akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pembayaran itu dibuat menerusi Perjanjian Penyelesaian antara Abou Bakr atau lebih dikenali Bako melalui Peguamcara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tetuan Alawi & Associates.

Abou Bakr, 28, merupakan penyerang import yang dibawa masuk menyertai Kelantan pada pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) 2017 ketika Tan Sri Annuar Musa mengetuai Konsortium Al-Hambra membantu bola sepak Kelantan.

Penyerang berasal dari Tripoli itu mengikat kontrak selama satu setengah tahun dan menggantikan rakan senegaranya, Mohammed Ghaddar yang dijual ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Penasihat Undang-Undang Kelantan FC di laman rasmi Facebook mereka turut memaklumkan akan membuat bayaran terhadap seorang lagi bekas pemain import iaitu Casio de Jesus (Brazil) dan bekas jurulatih import musim lalu, Marko Kraljevic.

“Hanya tiga baki pemain yang tinggal merupakan kes berat di bawah FIFA dan mereka adalah Abou Bakr USD233,000.00 (RM978,833.00), Marko USD214,914.04 (RM902,853.88) dan Cassio USD 80,944.60 (RM340,048.26) selain denda FIFA CHF 15,000.00 (RM 68,100.00).

“Kami merancang untuk menyelesaikan pembayaran yang belum dijelaskan pada atau sebelum 31 Disember 2020,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, TRW Sdn Bhd turut memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan bayaran sepenuhnya untuk 171 pemain dan jurulatih daripada jumlah sebenar 174 orang serta bayaran kepada agensi Kerajaan berkaitan yang tersenarai dalam Perjanjian Jual Beli Saham dengan KAFA bernilai RM6.8juta.

Previous Post

Individu berpengalaman terajui TRW Sdn Bhd

Next Post

Bukan calang- calang, Rossem kartunis Kelantan diiktiraf antarabangsa

Related Posts

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer
Sukan

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer

27 February 2021
Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL
Sukan

Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

26 February 2021
Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac
Nasional

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac

26 February 2021
Next Post
Bukan calang- calang, Rossem kartunis Kelantan diiktiraf antarabangsa

Bukan calang- calang, Rossem kartunis Kelantan diiktiraf antarabangsa

Kereta percuma ke hospital

Kereta percuma ke hospital

33 petugas kesihatan Kelantan sertai Misi Bantuan Covid-19 Sabah

33 petugas kesihatan Kelantan sertai Misi Bantuan Covid-19 Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist