Monday, 8 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
‘Duo’ Jepun perkuat Kelantan United FC

‘Duo’ Jepun perkuat Kelantan United FC

keadmin by keadmin
6 December 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
271
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Bekas pengendali Kuching City FC, Akira Higashiyama dari Jepun dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Kelantan United FC untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Turut menyertai skuad The Green Deers adalah rakan senegaranya, Yuki Tanigawa yang beraksi selaku pemain pertahanan dan tengah ketika menyarung jersi Kuching City FC dalam saingan Liga Premier musim lalu.

Presiden Kelantan United FC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pemilihan jurulatih yang baharu berusia 30 tahun itu berdasarkan rekod cemerlangnya ketika mengemudi Kuching City FC.

“Akira telah menunjukkan prestasi cukup baik dimana dalam beberapa perlawanan terakhir musim lalu, dia mengambil tanggungjawab penuh (sebagai jurulatih) sehingga pasukannya mencatatkan lima kemenangan seterusnya layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia.

“Keputusan mengambil dia sebagai ketua jurulatih dibuat berdasar keyakinan orang Jepun kuat bekerja, bersungguh-sungguh dan serius dalam melaksana tugas. Ini juga memperlihatkan keseriusan Kelantan United untuk bersaing di pentas Liga Premier musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) rakan strategik antara Kelantan United FC dan Yakult (M) Sdn Bhd disebuah hotel di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Penasihat Kelantan United FC, Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada.

Akira yang memiliki sijil kejurulatihan A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mencipta pencapaian menakjubkan apabila membawa pasukan yang dahulu dikenali Kuching FA menamatkan kempen Liga Premier di tangga kelima dengan meraih lima kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan terakhir.

Sementara itu, Yuki yang baru berusia 23 tahun membuat lapan penampilan bersama kelab Kepulauan Borneo itu merekodkan dua gol pada tahun pertama dia bergelar pemain profesional selepas berhijrah dari negara matahari terbit itu.

Jelas Che Abdullah lagi, Kelantan United dijangka melengkapkan senarai penuh barisan pemain mereka sedikit masa lagi sebelum memulakan persiapan pra musim, pada 21 Disember ini.

“Kita dalam fasa akhir untuk mengikat tiga lagi pemain import, perkara ini kita akan bincang dengan ketua jurulatih (Akira), keputusan ini akan dibuat bersama dia untuk pilih pemain import nanti.

“Memang banyak pemain (tempatan) keluar masuk, (hanya) 20 peratus muka lama dikekalkan tapi keutamaan kita tentunya pemain (berasal) Kelantan. Ada banyak permintaan (pemain), jurulatih untuk datang ke sini (Kelantan),” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hamada memberitahu, beliau amat berbesar hati di atas kesudian Kelantan United FC untuk bekerjasama dengan pihaknya demi pembangunan bola sepak negeri ini.

“Menarik apabila Kelantan United bersetuju menerima gaya bola sepak Jepun, sebab itu kita memperkenalkan Akira, kemudian pemain muda, Yuki kepada kelab ini.

“Mereka menerima dua individu ini, selepas ini kita akan meneruskan kerjasama strategik, ada beberapa perkara lagi dalam proses perbincangan lanjut termasuk penajaan, pemasaran dan pembangunan akar umbi,” katanya.

Previous Post

PKPB Kelantan tamat kecuali 4 daerah

Next Post

UMNO Kelantan sedia lawan di semua kerusi jika Pas ketepi MN

Related Posts

Syamsul kagum intensiti pemain
Sukan

Syamsul kagum intensiti pemain

7 March 2021
Ragini sedih tetapi yakin Kelantan FC akan tampil lebih baik
Sukan

Ragini sedih tetapi yakin Kelantan FC akan tampil lebih baik

7 March 2021
Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit
Sukan

Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

6 March 2021
Next Post

UMNO Kelantan sedia lawan di semua kerusi jika Pas ketepi MN

Umno Kelantan perlu tabayun, elak perpecahan dalaman

Umno Kelantan perlu tabayun, elak perpecahan dalaman

Selamat pulang Abang Mat Keselamatan

Selamat pulang Abang Mat Keselamatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ragini tuntut aksi terbaik pemain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

8 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist