Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Kami patut menang, bukan kongsi mata – Ragini

Kami patut menang, bukan kongsi mata – Ragini

Pengendali Kelantan FC itu anggap pasukannya seharusnya keluar sebagai pemenang bukan catat keputusan seri dengan JDT II di Larkin

keadmin by keadmin
24 April 2021
in Sukan
0 0
0
763
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Marco Ragini percaya Kelantan FC seharusnya keluar sebagai pemenang dan bukan mengakhiri pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Premier, malam semalam.

Pengendali Kelantan FC itu berkata, kelabnya mampu mengutip tiga mata berdasarkan persembahan mereka yang berjaya menyaingi kehebatan kelab Harimau Selatan itu.

Kelantan FC berjaya memaksa tuan rumah menamatkan aksi 45 minit pertama tanpa jaringan sebelum bangkit menyamakan kedudukan setelah ketinggalan dalam babak kedua namun nasib ternyata tidak memihak mereka untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu.

“Jujurnya, saya gembira dengan persembahan pasukan, pemain telah membuktikan sesuatu dalam perlawanan ini dan ia jelas satu pengorbanan besar dilakukan oleh mereka.

“Pemain telah melakukan yang terbaik tetapi pada akhirnya saya tidak gembira dengan keputusan kerana kami mungkin boleh memenangi perlawanan ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Marco Ragini (dua,kiri) memberi arahan kepada pemain Kelantan FC, Mohd Haziq Subri ketika bertemu JDT II di Larkin, malam semalam.

 

Pada aksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Kelantan FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat JDT II menerusi jaringan penyamaan pemain gantian, Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-71.

Sebelum itu, skuad bimbingan Rafael Gil terlebih dahulu berada di depan hasil sentuhan kapten, Nicolas Fernandez berpunca hantaran Stuart John Wilkin, minit ke-59.

Biarpun tampak terkilan dengan keputusan seri, jurulatih berasal dari San Marino itu bagaimanapun menyimpulkan satu mata yang diraih di Larkin itu cukup bernilai buat pasukannya mengukuhkan kedudukan dalam liga.

“Satu mata ini penting untuk moral pasukan, memberi keyakinan kepada pemain kerana sepanjang minggu lalu kami memang bekerja untuk mendapatkan mata di sini.

Nurshamil Abd Ghani ledak gol penyamaan untuk bantu Kelantan FC raih satu mata ketika berdepan JDT II.

“Ikhlas saya cakap, sebelum perlawanan saya mahukan tiga mata ini. Saya hormati semua pasukan dan tahu mereka lebih bersedia dalam pertandingan ini tetapi pemain saya juga tahu setiap kali beraksi mereka mahu mata penuh untuk suntik semangat kelab ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, bekas pengemudi Ulaanbaatar FC dalam Liga Premier Mongolia musim 2018 itu turut memuji komitmen tinggi semua pemain sekalipun skuad yang bertandang ke gelanggang lawan kali ini tidak membariskan kesebelasan terkuat mereka.

“Bila sampai di sini (Johor Bahru) ada pemain lokal mengalami kecederaan, semasa perlawanan pun ramai pemain yang cedera. Bukan senang untuk menyediakan pasukan dalam situasi dimana kami berdepan masalah fizikal (kecederaan) itu.

“Tetapi pemain dapat menerima perubahan yang terpaksa dilakukan ke atas pasukan ini. Mereka tahu sistem macam mana pasukan akan bermain dan saya fikir mereka telah menunjukkan banyak peningkatan dari satu perlawanan ke perlawanan, ketika ini,” jelasnya lagi.

FOTO : TRW Kelantan FC

Previous Post

Maritim Kelantan mula operasi mencari tiga mangsa candat sotong

Next Post

KRI-Nanggala 402 tenggelam, berada hampir 1000 meter bawah laut

Related Posts

Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Wariors mahu lupa igauan minggu kedua

21 January 2022
Kelantan Warriors uji gandingan baru
Sukan

Kelantan Warriors uji gandingan baru

14 January 2022
Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Warriors menang lagi

9 January 2022
Next Post
KRI-Nanggala 402 tenggelam, berada hampir 1000 meter bawah laut

KRI-Nanggala 402 tenggelam, berada hampir 1000 meter bawah laut

Penguatkuasa AADK cedera diseret penagih dadah

Penguatkuasa AADK cedera diseret penagih dadah

Dari dapur ke studio kraf, PKP ubah rutin Nurul Aini

Dari dapur ke studio kraf, PKP ubah rutin Nurul Aini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist