Friday, 5 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
MFL rayu teruskan TM Piala Malaysia

MFL rayu teruskan TM Piala Malaysia

Penangguhan beri kesan besar kepada industri bola sepak negara

keadmin by keadmin
10 November 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
123
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar dapat mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan TM Piala Malaysia 2020, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Ghani Hassan berkata, rayuan itu dibuat susulan permohonan untuk meneruskan aksi TM Piala Malaysia ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikemukakan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditolak, semalam.

Menurut beliau, keputusan untuk membuat rayuan kepada MKN itu dicapai selepas mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini.

“Kami sedia maklum mengenai keputusan MKN yang mengambil kira situasi COVID-19 di negara yang menyebabkan PKPB di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

“Bagaimanapun MFL masih berharap agar pihak MKN dapat mempertimbangkan rayuan MFL untuk meneruskan saingan TM Piala Malaysia musim ini dengan perancangan khas serta SOP (Prosedur Operasi Standard) yang lebih ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat iaitu “quarantine based”.

“Sebagai contoh pasukan-pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan bermain di sebuah negeri sehingga ke peringkat separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir. Pasukan yang kalah pada peringkat suku akhir dan separuh akhir akan meninggalkan negeri tersebut setelah tamat perlawanan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hari mengumumkan saingan TM Piala Malaysia musim ini ditangguhkan kepada satu tarikh lain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan penularan wabak Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak, ketika ini.

MFL sebelum ini menerusi Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin beberapa kali mengadakan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican dalam mencari jalan untuk meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 selepas kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan pada 7 November 2020, iaitu sehari selepas pusingan pertama TM Piala Malaysia bermula.

Jelas Ab Ghani, keputusan mengemukakan rayuan ini turut disokong lapan pasukan yang layak ke suku akhir di mana mereka bersedia beraksi mengikut perancangan dan SOP seperti ditetapkan MFL dan MKN.

“Berdasarkan permohonan pertama yang dikemukakan kepada MKN sebelum ini, MFL telah menyediakan perancangan khas untuk menyambung saingan TM Piala Malaysia bagi pusingan suku akhir, separuh akhir dan final.

“Dalam surat permohonan itu, MFL menyediakan perancangan untuk meneruskan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 di negeri-negeri berkecuali PKPB di mana MFL telah membuat permohonan untuk menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir dan final.

“Kami amat berharap agar perancangan ini dapat dipertimbangkan memandangkan penangguhan saingan TM Piala Malaysia bakal memberi banyak kesan kepada industri bola sepak negara secara keseluruhan.

“Bagi MFL serta semua pasukan bakal terkesan terutamanya dari segi komitmen penajaan yang telah dimeterai dan ditandatangani bersama penaja-penaja Liga Malaysia musim 2020 sekiranya pertandingan TM Piala Malaysia 2020 tidak dapat diteruskan.

“Agak sukar untuk MFL menangguhkan kejohanan ini memandangkan kontrak pemain-pemain Liga Malaysia 2020 bersama pasukan-pasukan bakal berakhir hujung bulan ini,” katanya.

Sebagai rekod, TM Piala Malaysia 2020 telah membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Previous Post

Covid 19 : Kluster Kube dikesan di Kelate

Next Post

TM Piala Malaysia 2020 akhirnya dibatalkan  

Related Posts

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka
Kota Bharu

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka

3 March 2021
Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama
Sukan

Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

3 March 2021
Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.
Sukan

Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.

2 March 2021
Next Post
TM Piala Malaysia 2020 akhirnya dibatalkan  

TM Piala Malaysia 2020 akhirnya dibatalkan  

MAIK arahkan masjid anjur solat hajat

MAIK tangguh lagi kuliah agama

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist