Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Netizen teruja Luqman balik, sinis budu menunggu

Netizen teruja Luqman balik, sinis budu menunggu

keadmin by keadmin
16 March 2021
in Sukan, Utama
0 0
0
2.6k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KEPULANGAN ‘ubi’ kelantan yang berkelana di Belgium, Luqman Hakim Shamsuddin demi menyahut panggilan skuad bola sepak kebangsaan mengujakan peminat-peminat bola sepak negara.

Pelbagai komen positif diterima pemain itu pada perkongsian Facebook rasmi kelabnya, KV Kortrijk yang berkongsi berita kepulangan Luqman ke tanahair pada dua hari lalu.

Menariknya, selain mengalu-alukan kepulangan penyerang remaja negara itu dengan kata-kata semangat, tidak kurang juga yang berkongsi gambar pelbagai jenis makanan Malaysia bagi meraikan kepulangan Luqman.

Dan sudah pastinya, makanan tradisional Kelantan, budu menjadi perkongsian paling hangat di laman komen facebook tersebut.

Bukan sekadar gambar-gambar biasa tetapi budu yang lengkap digandingkan dengan tempoyak, cili, limau nipis dan pelbagai ulam-ulaman.

Pendek kata, bukan setakat Luqman yang terliur melihat perkongsian tersebut tetapi juga netizen-netizen khususnya anak Kelantan yang turut melihat paparan tersebut.

Disember lalu, Luqman berkongsi kerinduannya pada masakan Kelantan terutamanya budu dan ikan singgang.

Katanya, sekiranya dapat kembali ke tanahair , menu tersebut yang pertama akan dicarinya.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pemain muda sensasi negara itu cukup teruja dan bermotivasi apabila dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pertama bermula 22 hingga 30 Mac ini.

Katanya, pemain berusia 19 tahun itu berada pada tahap baik dengan keyakinan diri berbekalkan latihan dan pengalaman bersama beraksi bersama kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.

“Memang kita sudah lama merancang untuk memanggilnya ke latihan skuad kebangsaan dan ini merupakan masa yang sesuai, selain kelab pun bersetuju untuk melepaskannya.

“Namun, kita tidak mahu memberikan tekanan kepadanya kerana kali pertama menyertai skuad senior,” katanya yang akan mengumpulkan pemain sebagai persediaan ke kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Previous Post

Kalau mahu U-turn, pandang-pandanglah belakang!!

Next Post

JPJ Kelantan buat laporan polis, nafi dakwaan pemandu lori

Related Posts

PKP Kelantan, kes meningkat 30 peratus
Utama

PKP Kelantan, kes meningkat 30 peratus

14 April 2021
Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu
Sukan

Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

13 April 2021
Kes Covid-19 menghampiri 100 di Kelantan
Utama

MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

11 April 2021
Next Post
JPJ Kelantan buat laporan polis, nafi dakwaan pemandu lori

JPJ Kelantan buat laporan polis, nafi dakwaan pemandu lori

Polis Kelantan pastikan minggu ini tiada lagi penjaja jalanan

Polis Kelantan pastikan minggu ini tiada lagi penjaja jalanan

Kelantan United FC, JDT II sama hebat

Kelantan United FC, JDT II sama hebat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist