Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Nurshamil buat pilihan tepat sertai Kelantan FC

Nurshamil buat pilihan tepat sertai Kelantan FC

Penyerang berasal dari Melaka itu mahu lebih banyak minit beraksi bersama skuad Marco Ragini

keadmin by keadmin
29 March 2021
in Sukan
0 0
0
3.3k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Mungkin sebelum ini penyokong Kelantan FC langsung tidak kenali Nurshamil Abd Ghani namun sejak kebelakangan ini nama penyerang itu seakan meletup dan meniti dibibir mereka.

Dua gol sumbangan penyerang berasal dari Melaka dalam kempen Liga Premier setakat ini memberi signifikan betapa kehadirannya ke Kota Bharu bukan sekadar pelengkap pasukan semata-mata.

Terbukti, Nurshamil membuat pilihan tepat menyertai Kelantan FC untuk mengembangkan kariernya setelah dilihat agak bergelut mendapatkan tempat bersama dua pasukan lain, sebelum ini.

Biarpun tampil selaku pemain gantian sebanyak tiga kali selain sekali berada dalam kesebelasan utama, namun kehadiran Nurshamil sudah memberi impak buat kelabnya yang kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, sekali seri dan sekali tewas daripada empat perlawanan.

Malah Nurshamil turut menanamkan tekad mahu membuktikan penyerang tempatan juga boleh bersaing dengan penyerang import.

“Ini satu permulaan yang cukup baik bersama Kelantan dan lega rasanya masih mempunyai rentak untuk menjaringkan gol dan harap keadaan ini mampu berterusan sebagai detik kebangkitan kepada karier saya.

“Dua musim sebelum ini saya sukar mendapatkan minit yang banyak untuk bermain dan di Kelantan, saya gembira kerana Marco (Ragini, ketua jurulatih) memberikan peluang saya beraksi lebih kerap.

“Walaupun banyak masuk pemain gantian setakat ini, Marco ada berkata kepada saya, dia bersedia untuk menggunakan saya dalam kesebelasan utama jika tahap kecergasan sudah berada di tahap terbaik.

“Saya mahu tunjukkan penyerang tempatan juga boleh bersaing dengan penyerang import walaupun ada yang berkata mustahil untuk bersaing dengan mereka bagi merebut tempat,” katanya.

Pemain yang digilap daripada skuad Harimau Muda itu pernah dinobatkan penjaring terbanyak Piala FAM musim 2015 ketika membantu Melaka naik ke Liga Premier dan beraksi cemerlang dalam saingan musim berikutnya.

Bagaimanapun, ketika dipinjamkan ke Selangor pada musim 2017, karier dia mula tenggelam apabila gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama apabila bukan sahaja bersaing dengan pemain import tetapi juga penyerang tempatan berpengalaman.

Malah, ketika menyarung jersi Pulau Pinang musim lalu, penyerang berusia 27 tahun itu sekali lagi terpaksa berdepan situasi sama apabila langsung tidak pernah diturunkan setelah gagal menyaingi Anselmo Arruda “Casagrande” dan Bobby Gonzales.

Dalam pada itu, Nurshamil akui Ragini banyak memahami cara permainannya serta lebih gemar menggunakan taktikal meletakkan dua penyerang dan situasi itu juga sedikit sebanyak membantu terhadap prestasinya bersama Kelantan FC, buat masa ini.

Tambahnya, sikap terbuka Ragini menjadikan dia sentiasa mahu berikan yang terbaik di atas padang dan berasakan pilihannya untuk bersama Kelantan pada musim ini adalah tepat.

“Selepas kontrak saya ditamatkan dengan Pulau Pinang, pihak Kelantan terus menghubungi saya dan saya menjalani latihan percubaan selama dua hari dan Marco terus berminat untuk mengambil saya.

“Buat masa ini, saya selesa bekerja dengan Marco serta memahami cara bola sepak yang mahu diterapkan, malah dia selalu berbincang dengan saya mengenai soal taktikal.

“Biarpun masa ini menggunakan formasi 4-1-4-1 kerana pasukan mempunyai ramai pemain muda, namun apabila dia menggunakan taktikal dua penyerang, Marco akan memasukkan saya untuk bergandingan dengan Jack Hindle.

“Taktikal meletakkan dua penyerang nyata memberikan ruang saya untuk bermain dan saya harap apabila liga kembali bersambung nanti, saya akan berada di tahap prestasi yang lebih baik,” katanya.

FOTO : TRW Kelantan FC

Previous Post

Kelantan berdepan PKP sekali lagi jika gagal patuhi SOP

Next Post

Empat maut: Konvoi pulang dari kenduri kahwin, bertukar tragedi

Related Posts

Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Wariors mahu lupa igauan minggu kedua

21 January 2022
Kelantan Warriors uji gandingan baru
Sukan

Kelantan Warriors uji gandingan baru

14 January 2022
Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Warriors menang lagi

9 January 2022
Next Post
Empat maut: Konvoi pulang dari kenduri kahwin, bertukar tragedi

Empat maut: Konvoi pulang dari kenduri kahwin, bertukar tragedi

Polis Kelantan memerlukan penambahan anggota narkotik

Polis Kelantan memerlukan penambahan anggota narkotik

PGA rampas ikan hiasan, kura-kura seludup bernilai lebih RM90,000

PGA rampas ikan hiasan, kura-kura seludup bernilai lebih RM90,000

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist