Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Pemain saya keletihan – Ragini

Pemain saya keletihan – Ragini

Jurulatih Kelantan FC itu dedah hilang enam pemain bertemu Kuching City FC akibat kecederaan

keadmin by keadmin
11 April 2021
in Sukan
0 0
0
187
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Ketua Jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini tetap berpuas hati dengan aksi ditampilkan pemainnya meskipun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Kuching City FC dalam kempen Liga Premier di Kota Bharu, semalam.

Ragini berkata, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah kerana kelabnya terpaksa bekerja keras setelah bergelut untuk mempamerkan persembahan sebenar dalam pertemuan tersebut.

Natanael Siringo Ringo menjaringkan gol kemenangan buat Kelantan FC pada penghujung babak pertama.

“Mengenai perlawanan ini, saya lihat kedua-dua pasukan sebenarnya keletihan dan saya tahu intensiti perlawanan ini juga sangat rendah.

“Sebelum perlawanan, saya beritahu pemain jika mahu menang kita perlu banyak berkorban, kena keluarkan lebih banyak tenaga sehingga habis….(tapi) mereka benar-benar kepenatan,” katanya dalam sidang media pasca perlawanan.

Pada pertemuan itu, gol tandukan Natanael Siringo Ringo penghujung babak pertama membolehkan Kelantan FC menewaskan Kuching FC 1-0 sekali gus melakar kemenangan pertama di tempat sendiri, musim ini.

Menurut pengendali itu, jadual pertandingan padat dengan aksi berselang tiga hari ternyata memberi kesan kepada semua pasukan terutama ketika berdepan situasi dimana pemain dalam proses pemulihan kecederaan.

Malah menurutnya, setiap kali menghadapi sesuatu perlawanan, dia kehilangan dua hingga tiga pemain kerana mereka gagal sempat pulih daripada kecederaan.

“Apa kita boleh buat ? Hanya jalan penyelesaian ini yang ada, hari ini kita terpaksa melupakan enam pemain….enam pemain ini ramai, mereka semua ini bermula dalam kesebelasan utama.

“Semua pemain telah memberi aksi maksimum tetapi secara logiknya bila kita tukar ramai pemain, kualiti permainan pasukan juga akan berubah,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatih berasal dari San Marino itu mendedahkan, dia tidak mahu memperjudi nasib menurunkan supersub, Nurshamil Abd Ghani ketika dalam masa sama kehilangan Jack Hindle di jentera serangan pasukannya.

Nurshamil Abd Ghani (kiri) tidak diturunkan pada pertemuan menentang Kuching City FC, semalam kerana belum pulih daripada kecederaan.

“Nurshamil cedera, saya mahu menyenaraikannya tetapi hari ini dia tidak layak beraksi. Dia ada masalah kecederaan rentetan perlawanan sebelum ini.

“Saya tidak mahu ambil risiko kerana jika saya turunkan dia selama 10 minit, saya mungkin boleh hilang khidmatnya sehingga akhir musim ini,” jelasnya lagi.

FOTO : TRW Kelantan FC

Previous Post

“DAP tiada ruang di Kelantan”

Next Post

MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

Related Posts

Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Wariors mahu lupa igauan minggu kedua

21 January 2022
Kelantan Warriors uji gandingan baru
Sukan

Kelantan Warriors uji gandingan baru

14 January 2022
Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Warriors menang lagi

9 January 2022
Next Post
Kes Covid-19 menghampiri 100 di Kelantan

MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

Dua lagi kluster baharu di Kota Bharu dan Tumpat

Kelantan batal semua program rasmi kerajaan

Maik lantik Pegawai Penjarakan Fizikal bantu pantau pematuhan SOP

Maik lantik Pegawai Penjarakan Fizikal bantu pantau pematuhan SOP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist