Saturday, 6 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Perpindahan pemain Liga-M dilanjut 5 Mac

Perpindahan pemain Liga-M dilanjut 5 Mac

FIFA beri kelulusan menerusi surat pemakluman kepada FAM

keadmin by keadmin
18 February 2021
in Sukan
0 0
0
26
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Perkembangan yang pastinya melegakan buat semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 apabila tarikh jendela perpindahan pemain pertama dilanjutkan sehingga 5 Mac depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan telah mendapat pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung perlanjutan tempoh tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima surat pemakluman daripada badan induk bola sepak dunia, hari ini.

Menurut beliau, perkhabaran itu mampu memberikan suntikan moral kepada pasukan-pasukan untuk membuat persiapan lebih rapi selepas pihak kerajaan membenarkan semua pasukan menjalani program latihan bermula 15 Februari lalu.

“MFL memohon tarikh lanjutan jendela perpindahan pemain pertama di atas faktor-faktor terdapat permohonan daripada pasukan yang hadapi masalah dengan pemain asing dan tempatan selain berkaitan dengan persiapan pasukan dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Hari ini MFL telah menerima surat daripada FIFA yang telah melanjutkan tarikh baharu tempoh perpindahan pemain iaitu bermula 21 November 2020 sehingga 5 Mac 2021.

“FIFA telah dimaklumkan bahawa pasukan dalam Liga Malaysia dibenarkan mula berlatih melalui program latihan berpusat bermula 15 Februari 2021 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Justeru, FIFA berpuashati dengan penjelasan MFL untuk memohon lanjutan tarikh jendela perpindahan pemain sehingga 5 Mac 2021 di mana pasukan-pasukan kini memiliki masa untuk mengintai pemain-pemain baharu untuk skuad mereka,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Sebagai rekod, tarikh jendela perpindahan pemain pertama Liga Malaysia sebelum ini bermula pada 21 November 2020 sehingga 12 Februari 2021 dan dilanjutkan kepada 19 Februari 2021 selepas mendapat kebenaran FIFA.

Previous Post

Boleh makan lebih 2 orang satu meja, kereta ikut kapasiti

Next Post

COVID-19: Vaksin bukan bermakna “kebal’, kekal hidup norma baharu

Related Posts

Ragini tuntut aksi terbaik pemain
Sukan

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021
Kelantan FC terus dibayangi isu tuntutan gaji
Sukan

Kelantan FC dibayangi tuntutan tunggakan gaji lagi

5 March 2021
Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama
Sukan

Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

3 March 2021
Next Post
COVID-19: Vaksin bukan  bermakna “kebal’, kekal hidup norma baharu

COVID-19: Vaksin bukan bermakna "kebal', kekal hidup norma baharu

Beku i-Sinar sementara untuk kredit dividen

Beku i-Sinar sementara untuk kredit dividen

Sekolah mula dibuka 1 Mac

Sekolah mula dibuka 1 Mac

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist