Friday, 5 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Saiful Nizam meninggal dunia

Saiful Nizam meninggal dunia

Bekas pemain Kelantan itu mengalami ketumbuhan dalam kepala

keadmin by keadmin
3 November 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
1.9k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Bekas pemain pertahanan Kelantan, Mohd Saiful Nizam Husin meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Allahyarham Mohd Saiful Nizam, 45 menghembus nafas terakhir ketika menjalani rawatan akibat penyakit ketumbuhan dalam kepala.

Sebelum ini, Allahyarham pernah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu.

Beliau menyarung jersi skuad senior Kelantan bermula tahun 1996 hingga 2002 sebelum berhijrah menyertai Selangor bersama penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail.

Kejayaan paling manis sepanjang karier beliau adalah membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana 2 musim 2000 ketika pasukan itu dibawah kendalian jurulatih, Allahyarham Abdul Rahim Ahmad.

Sementara itu, abang Allahyarham, Mohd Ausri Husin memberitahu, arwah adiknya dikesan mengalami ketumbuhan, Ogos lalu.

“Asalnya dia mengalami pening dan muntah-muntah. Kemudian dibawa ke hospital dan menjalani MRI (kaedah pengimejan diagnostik) dan dikesan ada ketumbuhan dalam kepala.

“Selepas itu, dia menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan namun lebih kurang dua bulan kemudian ketumbuhan itu datang semula,” katanya.

Mohd Ausri yang juga bekas penjaga gol Kelantan dan Melaka era 90’an memberitahu, Allahyarham menjalani pembedahan kedua bagi membuang ketumbuhan tersebut.

“Masuk lapan hari pada hari ini, dia tak sedar, (berlaku) pendarahan dalam kepala dan meninggal dunia dalam keadaan tidak sedar tengah hari tadi,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, jenazah adiknya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Tambak, Pintu Geng, dekat sini selepas waktu Asar petang ini.

Allahyarham Mohd Saiful Nizam meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Previous Post

Arnab, jana pendapatan lumayan

Next Post

Tiada sambutan Perayaan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan

Related Posts

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka
Kota Bharu

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka

3 March 2021
Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama
Sukan

Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

3 March 2021
Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.
Sukan

Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.

2 March 2021
Next Post
Tiada sambutan Perayaan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan

Tiada sambutan Perayaan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan

Pelajar Machang juara pertandingan seni visual peringkat kebangsaan

Pelajar Machang juara pertandingan seni visual peringkat kebangsaan

Kelantan bentang belanjawan 2021

Kelantan bentang belanjawan 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist