Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Saingan lima penjuru naib presiden FAM

Saingan lima penjuru naib presiden FAM

Tiga jawatan tiada pertandingan pada Kongres FAM ke-57 pada 13 Mac ini,

keadmin by keadmin
28 February 2021
in Sukan
0 0
0
1.4k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 dijangka sengit apabila menyaksikan saingan lima penjuru bagi merebut empat kerusi naib presiden, pada 13 Mac ini.

Berdasarkan senarai calon yang diumumkan FAM hari ini, seramai lima individu dicalonkan dengan dua daripadanya muka lama iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Mohd Joehari Ayub sah mempertahankan jawatan tersebut.

Tiga individu lain adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Poas Majais, ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Mohd Firdaus Mohamed selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah.

Turut dijangka menarik adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang memperuntukan lapan kerusi dengan 17 individu termasuk enam exco sedia ada dicalonkan bagi merebut jawatan itu.

Bagaimanapun, jawatan nombor satu iaitu presiden selain timbalan presiden dan exco wanita menyaksikan tiada pertandingan dalam kongres kali ke-57 itu.

Ini bererti Datuk Hamidin Mohd Amin kekal menyandang kerusi presiden untuk tempoh empat tahun lagi setelah tidak ada pencabar lain bagi jawatan berkenaan.

Datuk Mohd Yusoff Mahadi turut mengekalkan jawatan timbalan presiden buat kali kedua disamping kemunculan semula tokoh dari Selangor, Datuk S Sivasundaram yang turut menang tanpa bertanding selepas penyandang, Datuk Seri Subahan Kamal tidak mempertahankan jawatan itu.

Dalam pada itu, Datuk Suraya Yaacob turut mengekalkan kerusi exco wanita manakala satu lagi slot diisi muka baharu, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah setelah hanya kedua-dua individu itu dicalonkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, selepas tarikh akhir pengembalian borang pengesahan penerimaan pencalonan berakhir semalam, 27 orang calon menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dipertandingkan dan satu telah menolak pencalonan.

“Selepas tarikh akhir pada 13 Januari 2021, jumlah calon yang diterima adalah seramai 34 orang tetapi hanya 28 orang calon yang telah diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki enam orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 27, perenggan 4, Statut FAM Edisi 2020.

“Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif memerlukan dua pencalonan.

“Pada masa sama, proses saringan integriti yang dilakukan oleh Unit Integriti FAM membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia telah mendapati bahawa kesemua 27 orang calon berkenaan lulus saringan tersebut,” katanya.

Previous Post

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Next Post

Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

Related Posts

Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu
Sukan

Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

13 April 2021
Pemain saya keletihan – Ragini
Sukan

Pemain saya keletihan – Ragini

11 April 2021
Kelantan FC kecewakan Kuching City FC
Sukan

Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

10 April 2021
Next Post
Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

Covid -19 : Kota Bharu rekod satu lagi kluster baharu.

Covid -19 : Kota Bharu rekod satu lagi kluster baharu.

Tiada potong ‘queue’, hanya 21 orang termasuk MB divaksin

Tiada potong 'queue', hanya 21 orang termasuk MB divaksin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist