Friday, 5 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Kelantan United FC lo ni tok serupo mulo

Selagi ada kudrat Piya mahu terus bermain

Perancang tengah kembali sarung jersi Kelantan United FC musim depan

keadmin by keadmin
29 December 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
1.3k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Mohd Badhri Radzi keluar daripada ‘persaraan’ pada usia 38 tahun apabila memilih kembali beraksi bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United (Kelantan United FC) sekali gus mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Bekas kapten The Red Warriors kini menyertai kelompok ‘ pemain veteran’ seperti gandingan trio Kuala Lumpur United FC, Mohd Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Safee Mohd Sali dengan masing-masing bakal menginjak umur 42, 40 dan 37 tahun pada musim depan untuk terus memerah keringat di atas padang.

Mohd Badhri atau dikenali panggilan Piya bagaimanapun menegaskan, dia tidak hilang daripada radar bola sepak biarpun tidak mewakili mana-mana pasukan, pada tahun ini.

“Eh dopla (tak bersara), memang saya tak main pada tahun ini tapi tetap jaga kecergasan, pergi ke gim, kayuh basikal, karier bola sepak ni tak hilang.

“Mungkin ini orang kata rezeki (wakili Kelantan United FC), sebelum ini kita tahu Mohd Amri (Yahyah) dah (nak masuk) 40 (tahun), Shukor 42, Indra Putra 40, mereka semua walaupun berumur tapi masih jadi pemain utama untuk beri semangat kepada pemain muda.

“Selagi kudrat masih ada, saya akan terus bermain sehingga setakat yang termampu,” katanya yang begitu bersemangat berbicara mengenai masa depannya.

Malam kelmarin, Mohd Badhri yang pernah membantu Kelantan merangkul kejuaraan tiga piala pada musim 2012 diumumkan salah seorang pemain yang menyarung jersi kelab itu untuk beraksi dalam kancah Liga Premier musim depan.

Dia menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab yang sinonim dengan julukan The Green Deers di bawah kendalian jurulatih import dari Jepun, Akira Higashiyama.

Selain Mohd Badhri, Kelantan United FC turut mengikat seorang lagi pemain yang melepasi angka 30 tahun iaitu bekas pertahanan Kelantan, Kedah, Selangor dan PJ City FC iaitu Mohd Fitri Omar.

Jelas perancang tengah sensasi itu, dia sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan kelab yang masih mempercayai kemampuannya ketika umurnya semakin hampiri 40 tahun.

Menurutnya lagi, dia mengambil masa hampir tiga bulan mempertimbangkan tawaran daripada kelab tersebut sebelum mengesahkan kembali beraksi untuk musim depan.

“Orang cakap (kalau) tak main bola dah, (macam) tak main terus tapi saya tak tinggal, masih jaga kecergasan dengan umur seperti ini tiba-tiba ada dalam pasukan.

“Saya beritahu kepada pihak pengurusan, kalau nak buat (prestasi) seperti lima enam tahun lalu mungkin sukar tapi apa pun saya akan buat yang terbaik demi Kelantan United FC,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Badhri yang popular dengan gelaran pakar ‘hantaran gelembung buaya’ itu menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan pemain yang akan menggalas cabaran bersama kelab itu.

“Macam presiden kelab (Datuk Che Abdullah Mat Nawi) cakap, jurulatih ada sasaran peribadi bawa pasukan ini dalam kelompok empat terbaik. Saya percaya ia tidak mustahil kerana dalam bola sepak ni macam-macam boleh berlaku.

“Kalau tengok pasukan ini, ada gabungan pemain berpengalaman dan muda, saya rasa kita boleh pergi jauh tetapi dengan syarat pemain kena berdisiplin dan semangat berpasukan. Tak guna ada pemain bintang kalau tak ada semangat berpasukan,” tambahnya lagi.

Previous Post

JKR jawab isu jalan rosak, berlubang

Next Post

Legenda Jepun sertai Kelantan United FC

Related Posts

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka
Kota Bharu

Rentas daerah: Hotel Kelantan kembali bernyawa, mahu kolam mandi dibuka

3 March 2021
Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama
Sukan

Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

3 March 2021
Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.
Sukan

Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50.

2 March 2021
Next Post
Legenda Jepun sertai Kelantan United FC

Legenda Jepun sertai Kelantan United FC

Covid -19 : Pasar Pulai Chondong ditutup sementara

Covid -19 : Pasar Pulai Chondong ditutup sementara

Rasmi logo baharu Kelantan FC

FIFA batal sekatan ke atas Kelantan FC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist