Saturday, 27 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Selamat tinggal Felda United FC, UKM FC

Selamat tinggal Felda United FC, UKM FC

Kedua-dua kelab itu tidak layak beraksi dalam saingan Liga Malaysia

keadmin by keadmin
31 October 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
60
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Felda United FC dan UKM FC terpaksa mengucap selamat tinggal kepada pentas Liga Malaysia setelah kedua-dua kelab tersebut disahkan tidak layak untuk beraksi dalam saingan liga kompetitif bola sepak negara, bermula musim depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Felda United dan UKM FC telah gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak permasalahan berkaitan gaji pemain dan pegawai yang mungkin berlaku lagi pada musim 2021 jika sesebuah pasukan didapati tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk bertahan sepanjang musim.

Menurutnya, pihaknya telah mengambil proses ini dengan serius bagi memberi peluang kepada kedua-dua pasukan ini mendapatkan pelabur yang baharu dalam memastikan kebajikan pemain dan pegawai pasukan dapat dijamin.

“Walaupun Felda United dan UKM telah menyelesaikan proses penswastaan, (namun) perkembangan negatif pada masa itu berkaitan sokongan korporat dan pendanaan kedua-dua pasukan muncul dan ia memaksa FAM meminta penjelasan dan dokumentasi lebih lanjut daripada kedua-dua kelab itu.

“Bagi Felda United, biarpun berjaya melengkapkan proses penswastaan FC bersyarikat dan telah diluluskan, namun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerusi satu siaran media pada 5 Oktober 2020 menyatakan bahawa Felda United tidak akan menyertai CIMB Liga Super atau Liga Premier mulai musim 2021,” katanya menerusi siaran media.

Jelas beliau lagi, walaupun pihak pengurusan baharu Felda United iaitu FUFC The Fighters Sdn Bhd telah mencari pelabur baharu tetapi selepas penelitian dibuat ke atas dokumen kewangan yang dikemukakan, FAM mendapati kedudukan kewangan pengurusan dan pelabur baharu tidak cukup kukuh untuk mereka mengharungi satu musim penuh liga pada 2021.

Sementara bagi UKM FC pula, Stuart memberitahu, FAM telah dimaklumkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap urusan penggajian dan kewangan UKM FC.

“Pihak pengurusan baharu UKM FC iaitu Varsity Boys Sdn Bhd telah mendapatkan pelabur baharu tetapi selepas penelitian dibuat ke atas dokumen kewangan yang dikemukakan, FAM turut mendapati bahawa kedudukan kewangan Varsity Boys Sdn Bhd melalui pelabur baharu itu tidak cukup kukuh untuk mereka mengharungi satu musim penuh liga pada 2021,” ujarnya lagi.

Previous Post

Rasmi logo baharu Kelantan FC

Next Post

Machang catat satu lagi kes baharu

Related Posts

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer
Sukan

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer

27 February 2021
Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL
Sukan

Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

26 February 2021
Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac
Nasional

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac

26 February 2021
Next Post
Machang catat satu lagi kes baharu

Machang catat satu lagi kes baharu

Kelantan FC jumpa UiTM FC, Kelantan United temu Perak

Kelantan FC jumpa UiTM FC, Kelantan United temu Perak

Arnab, jana pendapatan lumayan

Arnab, jana pendapatan lumayan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist