Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan

Sepak mula Liga-M dipinda 5 Mac

Piala FA turut tidak dipertandingkan pada musim ini

keadmin by keadmin
26 January 2021
in Sukan, Utama
0 0
0
156
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Tirai Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 yang dijadual bermula 26 Februari depan telah dipinda kepada 5 Mac.

Perubahan tarikh tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awal bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dicapai sejurus berbincang dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL secara dalam talian serta turut mengambil pandangan dan persetujuan daripada wakil-wakil pasukan dalam satu taklimat khas, semalam.

Jelas beliau, keputusan untuk meminda tarikh sepak mula Liga-M musim 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 26 Februari depan disebabkan PKP kembali bersambung sehingga 4 Februari.

“Mengikut perancangan awal, Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Februari ini.

“MFL selepas Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL termasuk mengambil kira pandangan daripada setiap wakil pasukan telah mencapai kata sepakat untuk meminda tarikh sepak mula Liga Malaysia pada 5 Mac.

“Umum mengetahui bahawa status pandemik Covid-19 berada di paras yang cukup membimbangkan selain kebergantungan status PKP memainkan faktor tetapi MFL mahu bersedia dengan lebih awal,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Tambah beliau lagi, MFL telah bersedia menyediakan beberapa mekanisme seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik Covid-19.

“Selain permintaan Rakan Kongsi Liga yang mahukan persiapan sekurang-kurang tiga minggu sebelum sepak mula Liga Malaysia 2021, MFL juga mengambil faktor pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan JDT serta pertandingan Piala AFC yang menyaksikan dua wakil negara, Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC dalam kejohanan ini menyebabkan keputusan pindaan tarikh Liga Malaysia 2021 itu dicapai secara bersama.

“Apa yang pasti, MFL telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan penyediaan SOP latihan dan MFL akan sekali lagi membentangkan cadangan-cadangan ini kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan bebas daripada sebarang gelaja Covid-19,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani turut memaklumkan, pertandingan Piala FA tiada dalam kalendar Liga-M musim ini.

Menurutnya, keputusan tersebut berat untuk dicapai tetapi ia harus dilaksanakan bagi memastikan pasukan tidak dibebani dengan jadual padat sekali gus memberikan impak kepada kualiti Liga Malaysia.

“MFL juga telah membuat keputusan bahawa kalendar Liga Malaysia musim 2021 menyaksikan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup diteruskan.

“Tiada kejohanan Piala FA seperti tahun lalu di mana keputusan berat ini terpaksa dibuat demi memastikan keseimbangan jadual dan pasukan tidak dibebani jadual padat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan MFL memiliki beberapa lagi mekanisme untuk memulakan kempen Liga-M musim 2021 jika PKP masih bersambung selepas 4 Februari depan.

Previous Post

Kelantan benar solat Jumaat hingga 50 orang

Next Post

Kelantan FC risik pemain bintang

Related Posts

Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Wariors mahu lupa igauan minggu kedua

21 January 2022
400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan
Utama

400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan

16 January 2022
Kelantan Warriors uji gandingan baru
Sukan

Kelantan Warriors uji gandingan baru

14 January 2022
Next Post
Ubi muda sandaran Kelantan FC

Kelantan FC risik pemain bintang

Anak Kelantan dilantik Ketua Pengarah Pengajian Tinggi

Anak Kelantan dilantik Ketua Pengarah Pengajian Tinggi

Dikaitkan dengan jawatan MB Kedah, apa kata Ahli Parlimen KB, Takiyuddin Hassan?

Dikaitkan dengan jawatan MB Kedah, apa kata Ahli Parlimen KB, Takiyuddin Hassan?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist