Monday, 8 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Sepak mula Liga-M kekal 5 Mac depan

Sepak mula Liga-M kekal 5 Mac depan

Kerajaan benarkan program latihan berpusat mengikut model gelembung sukan

keadmin by keadmin
9 February 2021
in Sukan, Utama
0 0
0
129
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Berita gembira buat penyokong bola sepak tempatan apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 kekal dilangsungkan 5 Mac depan.

Perkembangan positif ini hadir sejajar dengan keputusan pihak kerajaan yang membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) bermula 15 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya menyambut baik kebenaran pihak kerajaan di mana program latihan berpusat menyaksikan tempat latihan dan pergerakan atlet atau pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan dengan penginapan atlet atau pemain perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut ‘Camp Quarantine’ dan ‘Home Quarantine’ yang telah ditetapkan.

“Pertama saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas pihak kerajaan telah membenarkan pasukan-pasukan di dalam Liga Malaysia menjalani sesi latihan secara program latihan berpusat.

“Apa yang pasti, perkhabaran positif ini bukan sahaja memberikan kelegaan kepada industri sukan tanah air sebaliknya kegembiraan kepada penyokong yang sentiasa menantikan sepak mula liga bola sepak tempatan.

“Susulan pengumuman kebenaran daripada pihak kerajaan, Liga Malaysia akan kembali membuka tirai pada 5 Mac 2021,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi organisasi pentadbiran liga itu, malam tadi.

Jelas Ab Ghani, tirai saingan Liga-M musim ini bakal dibuka membabitkan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.

Dalam masa sama, beliau berharap kesemua pasukan kekal berdisiplin dalam menjaga amalan SOP sepanjang penganjuran Liga -M berlangsung.

“Kini tanggungjawab pemain, pegawai dan pasukan adalah mematuhi SOP di mana salah satu langkah iaitu Home Quarantine adalah untuk keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Kita tidak mahu ada mana-mana pemain, pegawai dan pasukan gagal mematuhi SOP sehingga menyebabkan kes COVID-19 berlaku,” ujarnya.

Sebelum ini, MFL mengumumkan penundaan tarikh sepak mula Liga-M dari 26 Februari kepada 5 Mac ekoran perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan.

Keputusan itu dicapai sejurus berbincang dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL secara dalam talian selepas turut mengambil pandangan serta persetujuan daripada wakil pasukan, bulan lalu.

Previous Post

Tun Arifin ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Next Post

Ibu dan bapa tiri Amir berdepan hukuman gantung

Related Posts

Syamsul kagum intensiti pemain
Sukan

Syamsul kagum intensiti pemain

7 March 2021
Ragini sedih tetapi yakin Kelantan FC akan tampil lebih baik
Sukan

Ragini sedih tetapi yakin Kelantan FC akan tampil lebih baik

7 March 2021
Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit
Sukan

Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

6 March 2021
Next Post
Ibu dan bapa tiri Amir berdepan hukuman gantung

Ibu dan bapa tiri Amir berdepan hukuman gantung

KPDNHEP Kelantan rampas Gillette tiruan

KPDNHEP Kelantan rampas Gillette tiruan

Kelantan benar solat Jumaat hingga 50 orang

MAIK benar solat 30 peratus kapasiti masjid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ragini tuntut aksi terbaik pemain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

8 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist