Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Syamsul kagum intensiti pemain

Syamsul kagum intensiti pemain

Jurulatih Perak II dedah anak buahnya tidak pernah beraksi selama 90 minit dalam persiapan pra-musim

keadmin by keadmin
7 March 2021
in Sukan
0 0
0
77
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Jurulatih Perak II, Syamsul Saad mengakui terkejut dengan intensiti tinggi ditunjukkan barisan pemainnya ketika mengalahkan Kelantan FC 1-0 pada aksi sulung Liga Premier di Kota Bharu, semalam.

Syamsul mendedahkan, anak didiknya tidak pernah beraksi selama 90 minit dalam persiapan pra musim memandangkan pasukannya hanya dibentuk 10 hari sebelum sepak mula liga.

“Sebenarnya dalam persiapan 10 hari, majoriti pemain saya tak pernah bermain 90 minit, memang hanya sempat mengadakan sparring (latihan bersama) dengan pasukan Liga Super (Perak FC) dua kali.

“Paling lama saya rasa ada pemain (beraksi) 60 minit. Itu yang kita boleh dapat kerana kita pun takut pemain akan cedera,” katanya dalam sidang media sejurus perlawanan.

Namun apa yang ditonjolkan barisan pemain menurutnya, amat menakjubkan apabila mereka berjaya mempamerkan semangat juang tinggi menyaingi pemain Kelantan FC di gelanggang lawan.

Menurutnya, kredit harus diberi kepada pegawai pasukan dan pemain yang mengharungi cabaran besar membentuk pasukan selepas mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan untuk kembali beraksi di saingan liga kelas kedua itu.

“Daripada segi teknikal, saya yakin dengan pemain, mereka boleh bermain cuma memang strategi kita macam saya beritahu, keseluruhan pemain tak pernah bermain 90 minit, jadi pada babak pertama kita nak elak burn out, fatique (letih).

“Sebab tu bila separuh masa pertama berakhir 0-0, saya rasa syukur kerana itu perancangan pertama kita. Babak kedua pula memang kita akan cuba serang untuk cari gol dan minit-minit akhir itu kita nak bertahanlah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamsul mempertahankan corak permainan pasukannya susulan beberapa pemain dilihat mengalami kecederaan, pada lewat permainan.

“Walaupun hujung perlawanan nampak buruk seperti membuang masa, (tapi) saya rasa semua faham, membuang masa ni sebenarnya satu strategi juga. Kita pula dalam keadaan tak ada pemain import, berhempas-pulas bertahan dalam situasi set piece.

“Saya pun dah nampak bila kita mendahului 1-0, Kelantan FC tambah satu lagi penyerang menjadi tiga orang di tengah pertahanan Perak II. Cuma daripada segi psikologi mereka akan tekan pengadil menyatakan kita cuba melambatkan permainan,

“Sebenarnya tekanan lebih kepada Kelantan FC sendiri, bukan pemain Perak II,” katanya lagi.

Foto : Perak FC

Previous Post

Bawa orang kampung ‘terbang’, Muhammad Azlan sekali lagi buat kejutan

Next Post

Tiada tiket penerbangan ke Kelantan,Tok Pa naik bas

Related Posts

Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu
Sukan

Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

13 April 2021
Pemain saya keletihan – Ragini
Sukan

Pemain saya keletihan – Ragini

11 April 2021
Kelantan FC kecewakan Kuching City FC
Sukan

Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

10 April 2021
Next Post
Tiada tiket penerbangan ke Kelantan,Tok Pa naik bas

Tiada tiket penerbangan ke Kelantan,Tok Pa naik bas

Tak pakai topi keledar, pelajar tular carut guru diambil tindakan

Tak pakai topi keledar, pelajar tular carut guru diambil tindakan

Sumbang 100 biji burger, Thirdforce beri kelainan

Sumbang 100 biji burger, Thirdforce beri kelainan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist