Sunday, 18 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Tiada isulah tuntutan gaji pemain – Zamsaham

Tiada isulah tuntutan gaji pemain – Zamsaham

Namun pengurusan Kelantan FC tetap merasakan tidak adil kepada pemain lain yang terima pemotongan gaji 50 peratus

keadmin by keadmin
23 March 2021
in Sukan, Utama
0 0
0
3.2k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Kelantan FC berpendirian tegas bahawa tidak timbul sebarang isu berhubung tuntutan tunggakan gaji melibatkan lima bekas pemain mereka musim lalu.

Pemilik kelab tersebut, Norizam Tukiman berkata, lima pemain berkenaan hanya bermain sembilan hari sahaja dan tidak beraksi penuh bersama pasukannya.

Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya rakan sepasukan lain bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus sedangkan mereka menuntut gaji penuh.

“Banyak sahaja syarikat terpaksa potong gaji kerana masalah pandemik Covid. Kelab bola sepak terkemuka seperti Barcelona juga buat penolakan (gaji) hingga 70 peratus.

“Itu Barcelona, lebih kaya berbanding saya yang nak kena jual macam-macam seperti Zamburger dan Unclezam Rice untuk tampung kelab.

“Kena usaha lebih sebab saya tiada satu sen pun dana atau geran daripada kerajaan,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Awal bulan ini, lima bekas pemain pasukan berkenaan iaitu Mohd Nazrin Nawi, Mohd Farisham Ismail, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Mohd Shahrulnizam Ros Hasni dan tonggak import, Masaki Watanabe mengemuka tuntutan tunggakan gaji terakhir bagi November tahun lalu berjumlah RM158,857.

Tuntutan menerusi surat oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bertarikh 3 Mac itu meminta pihak pengurusan Kelantan FC melangsaikannya dalam tempoh 10 hari daripada tarikh surat itu diterima.

Jelas Norizam atau dikenali panggilan Zamsaham, lebih terkilan apabila kelompok pemain berkenaan tetap berkeras menuntut gaji penuh meskipun pihaknya telah merayu agar dipertimbangkan perkara itu.

“Tapi bila dah selesai, 90 peratus pemain lain setuju penolakan gaji 50 peratus, rupanya ada pemain yang pentingkan diri minta dibayar penuh.

“Seperti saya maklumkan pada 5 Mac lalu, Kelantan FC tiada masalah untuk bayar gaji penuh lima bekas pemain tersebut setelah legal counsel (penasihat undang-undang) kami meneliti daripada pelbagai aspek.

“Insya Allah, masa akan datang Kelantan FC tidak ada masalah nak bayar gaji pemain. Jika ada yang tak dapat gaji bukanlah kelab yang bermasalah, tetapi player (pemain) itu bermasalah.

“Cuma minta supaya FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)/MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) menilai jika berlaku isu seperti Covid-19 ini lagi di masa depan, jika 90 peratus pemain bersetuju menerima penolakan gaji maka baki 10 peratus pemain yang tak bersetuju perlulah mengikut kata majoriti,” ujarnya.

Dalam entri berkenaan, pakar pelaburan saham itu turut mendedahkan, keputusan beliau membeli Kelantan FC bukan kerana mahu mendapatkan publisiti murah tetapi berpegang kepada visi dan misi mahu membebaskan pasukan itu daripada belenggu masalah gaji, saban tahun.

“Ramai tak tahu, pada 3 September tahun lalu saya berkeras nak bayar terus gaji pemain sedia tanpa melalui KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) kerana memikirkan kesusahan pemain bila berbulan-bulan tidak mendapat gaji.

“Kelantan FC sendiri bakal jadi (seperti) pasukan Perlis kerana tak kurang 200 orang pemain daripada skuad senior hingga pemain Piala Presiden menuntut hutang mereka.

“Selepas saya ambil alih, barulah saya faham tak semua pemain-pemain bola ini tahu akan erti terima kasih jauh lagi perkataan tolak ansur. Ada pemain yang selalu injured (cedera), kena kad merah masalah attitude (sikap) takkanlah nak dibayar gaji penuh.

“Maka saya perkenalkan sistem KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang capai prestasi, kita anugerahkan sesuatu yang tak capai kita minta dia tingkatkan mutu dan kualiti,” jelasnya lagi.

FOTO : TRW Kelantan FC

Previous Post

Pengunjung gerun ‘ulat parking’ Wakaf Che Yeh

Next Post

Krisis air di hospital Kota Bharu akan selesai berperingkat

Related Posts

Akira gembira gawang tak bolos
Sukan

Akira gembira gawang tak bolos

18 April 2021
Kelantan United FC menang mudah di Shah Alam
Sukan

Kelantan United FC menang mudah di Shah Alam

18 April 2021
Kelantan FC merendah diri
Sukan

Kelantan FC mahu cipta kejutan di Paroi

17 April 2021
Next Post
Krisis air di hospital Kota Bharu akan selesai berperingkat

Krisis air di hospital Kota Bharu akan selesai berperingkat

Trak polis terbakar, seorang lelaki maut kemalangan

Trak polis terbakar, seorang lelaki maut kemalangan

Mia Sara jalani pembedahan jantung minggu depan, dana belum cukup

Mia Sara jalani pembedahan jantung minggu depan, dana belum cukup

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC mahu cipta kejutan di Paroi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajal balik tarawih…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Akira gembira gawang tak bolos

Akira gembira gawang tak bolos

18 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist