Monday, 1 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
TM Piala Malaysia 2020 akhirnya dibatalkan  

TM Piala Malaysia 2020 akhirnya dibatalkan  

MFL akur selepas rayuan ditolak oleh MKN

keadmin by keadmin
12 November 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
106
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Liga Bola Sepak  Malaysia (MFL) mencapai kata sepakat mengumumkan pembatalan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Menurut beliau, MFL akur dengan keputusan terbaharu MKN di mana pihak kerajaan tidak membenarkan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berlangsung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan telah menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan TM Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL telah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan tetapi seperti saya katakan tadi MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Tambahnya, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan TM Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

“Pembatalan ini terpaksa dilakukan di mana kita tidak boleh lagi menangguhkan kempen TM Piala Malaysia 2020 ke bulan yang lain kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh TM Piala Malaysia di mana pasukan-pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

“Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan saingan Liga Malaysia seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier dijalankan sebelum ini,” ujar beliau.

MFL sebelum ini menyatakan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah bersedia dengan mekanisme khas dalam misi meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 di negeri bebas PKPB.

Dalam perancangan itu, MFL telah menghantar permohonan untuk menggunakan venue Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir.

Sebagai rekod, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani mengesahkan Terengganu FC (TFC) yang menduduki tangga ketiga CIMB Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas juga memutuskan bahawa tempat ketiga CIMB Liga Super iaitu TFC akan mendapat slot Piala AFC 2021 selepas TM Piala Malaysia 2020 dibatalkan.

“Tahun ini adalah detik cukup sukar buat bola sepak di mana banyak kekangan dan halangan yang kita tempuhi tetapi saya berharap kita semua kekal patuhi SOP serta harus bangkit untuk memutuskan rantaian COVID-19 dalam misi memastikan bola sepak tempatan kembali bernyawa.

“Saya juga berharap pasukan-pasukan yang telah menamatkan kempen Liga Malaysia 2020 akan bersedia untuk persiapan musim 2021,” katanya.

 

Previous Post

MFL rayu teruskan TM Piala Malaysia

Next Post

MAIK tangguh lagi kuliah agama

Related Posts

‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC
Sukan

‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC

1 March 2021
Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal
Sukan

Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

28 February 2021
Saingan lima penjuru naib presiden FAM
Sukan

Saingan lima penjuru naib presiden FAM

28 February 2021
Next Post
MAIK arahkan masjid anjur solat hajat

MAIK tangguh lagi kuliah agama

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan

KWSP benarkan pengeluaran 10 peratus

KWSP benarkan pengeluaran 10 peratus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Sesi persekolahan 2021 bermula

Sesi persekolahan 2021 bermula

1 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist