Tuesday, 2 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
TM Piala Malaysia bermula November

TM Piala Malaysia bermula November

MFL pinda jadual susulan peningkatan kes Covid-19

keadmin by keadmin
14 October 2020
in Sukan, Utama
0 0
0
46
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Saingan TM Piala Malaysia musim ini dipinda awal bulan depan berikutan situasi semasa penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara, ketika ini.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan tarikh baharu undian TM Piala Malaysia akan diadakan pada 1 November 2020.

Sementara sepak mula kejohanan tertua di Asia Tenggara itu berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020 bermula dengan pusingan pertama 16 pasukan disusuli 12 dan 13 November 2020 (suku akhir), 17 November 2020 (separuh akhir) serta aksi final pada 22 November.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober.

“Buat masa ini TM Piala Malaysia 2020 masih berada dalam perancangan untuk diteruskan.

“Pindaan tarikh ini adalah selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah menetapkan tiada sebarang aktiviti sukan berlangsung dalam situasi COVID-19 khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan TM Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.

“Apa yang pasti, MFL akan sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19 dengan berhubung dengan KBS dan KKM dari masa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan rasmi tersebut.

Sebagai rekod, pasukan yang layak beraksi di TM Piala Malaysia 2020 iaitu Selangor, PJ City FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur berada dalam kawasan yang diisytihar zon merah dan menjalani PKPB di Lembah Klang sementara Sabah dan Kuching FA turut menjalani PKPB serta Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri masing-masing.

Menurut beliau, perancangan jadual baharu TM Piala Malaysia 2020 turut mengambil kira perkara-perkara berkaitan termasuk tarikh Liga Juara-Juara (ACL) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula 19 November sehingga 4 Disember 2020.

Sementara itu, Ab Ghani turut mengesahkan MFL telah meminda tarikh perlawanan Liga Super di antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dan aksi Liga Premier di antara Kuala Lumpur menentang Kuching FA, 31 Oktober 2020.

“Terdapat satu perlawanan Liga Super 2020 (Sabah dan UiTM FC) dan satu perlawanan Liga Premier (Kuala Lumpur dan Kuching FA) yang telah dijadualkan semula akibat isu COVID-19.

“Sebelum ini venue bagi perlawanan di antara Sabah melawan UiTM FC pada 10 Oktober 2020 di Stadium Likas, Kota Kinabalu namun terpaksa diubah selepas kawasan terbabit telah diisytihar sebagai zon merah dan telah menyebabkan PKPB dilaksanakan pada 12.01 tengah malam pada 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

“Apa yang pasti, perubahan kalendar ini akan menyaksikan setiap pasukan akan mempunyai tempoh rehat dan perjalanan di antara tiga dan empat hari. Saya berharap agar semua pemain dan pegawai terus mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) bagi memastikan keselamatan diri dan kelancaran saingan Liga Malaysia 2020,” katanya.

Previous Post

Bayi maut dibunuh bapa

Next Post

Masuk laluan bertentangan, remaja maut

Related Posts

‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC
Sukan

‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC

1 March 2021
Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal
Sukan

Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

28 February 2021
Saingan lima penjuru naib presiden FAM
Sukan

Saingan lima penjuru naib presiden FAM

28 February 2021
Next Post
Masuk laluan bertentangan, remaja maut

Masuk laluan bertentangan, remaja maut

Pikat merbok liar

Pikat merbok liar

Individu berpengalaman terajui TRW Sdn Bhd

Individu berpengalaman terajui TRW Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerajaan Kelantan pindah 41 mangsa asap kebakaran tapak pelupusan sampah MDT

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

1 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist