Setelah kalah tipis pada perlawanan pertama, perlawanan Kelantan FC menentang Skuad Projek FAM-MSN malam ini ditunggu ramai peminat.
Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Uitm Shah Alam, Selangor.
Namun, masalah teknikal website www.trwkelantanfc.com yang mengendalikan siaran live streaming itu menyebabkan ramai penyokong kecewa dan tidak berpuas hati.
Namun ada juga yang bersikap positif dengan meminta Kelantan FC meningkatkan keupayaan sistem.
Bagi Mohamad Ahyar Mohamed, berkata, dia membayar dengan niat untuk menyokong perjuangan Kelantan FC
“Bayar sajo doh trik ni.Niat support tapi jadi mugo lain,”katanya.
Bagi Ahmad Hasnil Yakob berkata, beliau bersikap jujur dengan membayar RM15 untuk menyaksikan perlawanan.
“Tak haram dah, jujur bayar tiket..laguni pula, pah kalau tengok haram marah,”katanya.
Bagi Syafiqah Ahmad, dalam sinis berkata tidak dapat masuk stadium kerana penuh di pintu.
“Dia pakat tok leh masuk.Serupo sumbak di pintu stadium jah ni. tok leh ukah (panjat) pagar doh,”katanya
Bagi Ismail Amir berkata, stadium yang ada sudah lebih muatan.
“Putus angin betul buat molep la Lepas ni.. kata professional… aduhh jengggg
Sementara itu, Mohamad Izat berkata “macam mana ni bayar untuk siaran tapi keluar paparan Host Error.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan, pihak pengurusan memohon maaf kerana masalah teknikal yang melanda website tersebut.