Saturday, 27 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan

Yusri gusar pertahanan rapuh

Mahu perbaiki segera kelemahan sebelum hadapi dua aksi terakhir

Mazram by Mazram
26 September 2020
in Sukan
0 0
0
36
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui gusar dengan kerapuhan benteng pertahanan dan ketumpulan serangan tatkala saingan Liga Premier semakin hampir ke penghujungnya dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Yusri berkata, walaupun The Red Warriors berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United di Kota Bharu, namun kelemahan di kedua-dua posisi itu membimbangkannya.

Justeru menurutnya, dia perlu memperbaiki segera kelemahan tersebut memandangkan Kelantan bakal mengharungi dua aksi terakhir menentang dua pasukan kuat iaitu Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

“Kita perlu perkemaskan lagi benteng pertahanan, kalau kita lihat aksi malam ini (tadi) benteng kita kucar-kacir setelah diasak pemain Sarawak United pada akhir perlawanan.

“Begitu juga serangan, dalam empat perlawanan kita hanya jaringkan dua gol, kita agak ketandusan idea yang sepatutnya ada peluang jaringkan lebih awal tapi gagal, katanya dalam sidang media pasca perlawanan itu.

Pada aksi malam tadi, pemain gantian, Mohd Nazrin Nawi muncul wira sekali gus menyelamatkan maruah Kelantan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84 untuk menghadiahkan kemenangan tipis ke atas Sarawak United.

Kemenangan itu menghidupkan semula peluang Kelantan untuk layak beraksi di kempen Piala Malaysia selepas gagal merebut slot ke Liga Super musim depan.

Mengulas lanjut pertemuan tersebut, Yusri memberitahu, dia sangat bersyukur dengan kemenangan itu kerana ia hadir tepat pada masa setelah pasukannya tewas dalam aksi sebelum ini.

“Pada saya (persembahan pasukan) tidaklah begitu baik tetapi rezeki memang menyebelahi kita malam ini (tadi), akhirnya gol itu hadir pada penghujung perlawanan.

“Saya harus mengatakan pemain telah berusaha, bola sepak tidak hanya bermain baik untuk menang tetapi perlu berusaha, kalau malam ini (tadi) kita tidak dihidangkan peluang yang banyak, (namun) kita keluar sebagai pemenang itu adalah atas usaha pemain,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pengendali berusia 44 tahun itu tidak mahu anak buahnya terbuai dengan kemenangan itu sebaliknya fokus untuk menghadapi aksi berikutnya menentang Negeri Sembilan.

“Kita akan terus memperbaiki kelemahan sendiri untuk perlawanan akan datang kerana kita ada masa lapan hari lagi.

“Tempoh yang baik untuk comeback dan dalam masa sama kita tak ada pemain yang cukup, jadi saya bergantung pada pemain sedia ada tapi saya takut masalah kecederaan boleh merencatkan perancangan pasukan,” ujarnya lagi.

Previous Post

Lapan geng basikal lajak ditahan

Next Post

GRS tawan Sabah

Related Posts

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer
Sukan

TFC ujian terakhir Akira Higashiyama di The Green Deer

27 February 2021
Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL
Sukan

Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

26 February 2021
JDT jumpa KDA FC buka tirai Liga-M
Sukan

JDT jumpa KDA FC buka tirai Liga-M

20 February 2021
Next Post
GRS tawan Sabah

GRS tawan Sabah

As-Sibahah sedia lahir atlet renang patuh syariah

As-Sibahah sedia lahir atlet renang patuh syariah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist