Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Sukan
Zaquan Adha buat Kelantan FC putih mata

Zaquan Adha buat Kelantan FC putih mata

Negeri Sembilan FC bangkit raih kemenangan sekali gus rampas takhta liga

keadmin by keadmin
19 April 2021
in Sukan
0 0
0
1.2k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Negeri Sembilan FC kembali merampas takhta pendahulu Liga Premier setelah menundukkan Kelantan FC 2-1 pada pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Kemenangan ini menyaksikan skuad K Devan mengutip 17 mata untuk mengatasi pesaing terdekat, Sarawak United FC dengan kelebihan satu mata.

Sebaik wisel permainan dibunyikan, tuan rumah tidak perlu menunggu lama apabila penyerang merangkap kapten mereka, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keempat.

Memasuki minit ke-14, Kelantan FC berpeluang menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Natanael Siringo Ringo yang memperdaya pertahanan tuan rumah namun usahanya dihalang penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad.

Marco Arques meledak gol namun belum cukup buat Kelantan FC raih mata di Paroi.

Empat minit sebelum babak pertama berakhir, Natanael sekali lagi hampa apabila tandukannya gagal menghasilkan jaringan sekalipun menerima hantaran tepat dari Jack Hindle.

Bersambung aksi babak berikutnya, Kelantan FC memperkemaskan corak permainan mereka dan hasilnya berjaya mengikat kedudukan menerusi sepakan gunting Mario Arques, pada minit ke-54.

Skuad kendalian Marco Ragini hampir mendahului pada minit ke-61 namun percubaan Hindle pula dinafikan palang gol tuan rumah.

Jack Hindle diasak pertahanan Negeri Sembilan FC dalam perlawanan malam tadi.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali memimpin permainan apabila sepakan lencong Mohamad Zaquan Adha dari jarak 25 meter gagal diselamatkan Mohd Farizal Harun sekali gus memberikan gol kedua pasukannya, minit ke-70.

Pelawat terus berusaha untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata namun tandukan pemain gantian, Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-85 gagal menghasilkan gol dan keputusan 2-1 kekal memihak tuan rumah sehingga wisel penamat berakhir.

FOTO : TRW Kelantan FC

 

Previous Post

Akira gembira gawang tak bolos

Next Post

KBMC, RCKB agih 300 pek makanan percuma sehari sepanjang Ramadhan

Related Posts

Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Wariors mahu lupa igauan minggu kedua

21 January 2022
Kelantan Warriors uji gandingan baru
Sukan

Kelantan Warriors uji gandingan baru

14 January 2022
Kelantan Warriors menang lagi
Sukan

Kelantan Warriors menang lagi

9 January 2022
Next Post
KBMC, RCKB agih 300 pek makanan percuma sehari sepanjang Ramadhan

KBMC, RCKB agih 300 pek makanan percuma sehari sepanjang Ramadhan

Pemain saya keletihan – Ragini

Ragini akur, Negeri Sembilan terlalu pantas

Daftar vaksin: Jabatan Penerangan Kelantan daftar hampir 2,000 penduduk sejak awal bulan ini

Daftar vaksin: Jabatan Penerangan Kelantan daftar hampir 2,000 penduduk sejak awal bulan ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist