Semalam, beberapa jalan menuju ke Kelantan sesak dengan peningkatan kenderaan perantauan yang mengambil kesempatan pulang ke kampung setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.
Hentian bas sesak dengan penjualan tiket bas laris di pasaran, malah beberapa syarikat bas mengumumkan tiket habis dalam masa seminggu ini.
Dengan langkah kerajaan pengumuman PKPB di empat kawasan di Kelantan iatu, Tanah Merah, Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas tamat semalam memberi kelegaan.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan,Datuk Seri Ismail Sabri, penamatan PKBP di empat daerah itu kerana penurunan mendadak kes baru di negeri ini.
Namun, kelegaan itu tidak berpanjangan apabila berita mengenai kebanjiran peratauan masuk ini memungkinkan kes itu kembali meningkat.
Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menayarankan agar penduduk di Selangor yang ingin pulang ke kampung halaman disaran supaya menangguhkan dulu hasrat mereka bagi menggelakkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan golongan berisiko.
Beliau berkata, walaupun seseorang individu itu mungkin tidak bergejala atau ‘asymptomatic’, namun mereka dibimbangi menjadi pembawa kerana negeri ini masih berada dalam zon merah dan turut terdedah kepada persekitaran tempat tinggal pekerja.
Beliau berkata, hampir 90 peratus kes baharu yang direkodkan di negeri ini terdiri daripada kluster tempat kerja; antaranya seperti Seruling, Hentian, Teratai, Perigi, Bah Manggis, Usaha dan Sri Jujur.
“Terkini, punca utama kes mencanak naik di Selangor adalah disumbangkan dari Kluster Seruling (842 kes) dan Kluster Hentian (315), manakala selebihnya adalah dari punca kes tak ada kaitan dengan kluster atau ‘unlinked cases’ yang berlaku secara ‘sporadik-spontan’ dalam komuniti.
“Maka, amat mustahak untuk warga Selangor supaya mengekang kehendak pulang ke kampung dan merentas daerah atau negeri kerana kita akan bawa pulang virus ini ke kampung,” katanya dalam satu kenyataan semalam
Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga merupakan bekas Menteri Kesihatan berkata, STFC telah mengemukakan satu program baharu yang menggunakan kaedah berlainan bagi menangani penularan wabak berkenaan di tempat kerja khasnya dengan mewujudkan jalinan kerjasama pintar secara sukarela dikenali sebagai Preventing Outbreak on Ignition Sites (Poise).
Oleh itu, kepada perantauan, bersabarlah, kita masih belum menang, demi mak ayah kita di kampung…