Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Utama
Kejohanan sukan dengan kehadiran penonton dibenar berkuat kuasa 1 April ini

Kejohanan sukan dengan kehadiran penonton dibenar berkuat kuasa 1 April ini

Syarat ditetapkan 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan PKPB manakala kawasan PKPP, 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton

keadmin by keadmin
18 March 2021
in Utama
0 0
0
29
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan
kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga Malaysia berkuat kuasa 1 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan setelah mendengar pembentangan dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berserta pandangan dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM).

Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton dengan kedua-duanya melibatkan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

“Bagaimanapun, semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran oleh KBS,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata sebagai permulaan, dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia akan dijadikan percubaan bagi menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.

Selain itu, Ismail Sabri berkata KBS, MKN dan KKM akan turut memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan itu nanti.

Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara dalam talian, penjarakan fizikal minimum 1.5 hingga dua meter antara penonton, operasi jualan hanya dibenarkan di kedai sedia ada di kawasan stadium atau venue sahaja, selain pergerakan masuk dan keluar penonton secara berjadual dan tersusun.

Berkenaan pengoperasian Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri, Ismail Sabri berkata negeri atau daerah sepatutnya mengikuti sebarang arahan yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau berkata mungkin terdapat kes-kes tertentu yang memerlukan majlis daerah (pihak berkuasa tempatan) membuat sedikit pindaan terhadap SOP yang diumumkan kerajaan, sesuai dengan keadaan di lokasi masing-masing.

“Kalau di Sabah, Sarawak, masa misalnya. Kalau Bazar Ramadan kita (Kuala Lumpur) mulakan dari 3 petang, mereka mungkin mula 2 petang kerana waktu berbuka di Sabah saya percaya lebih awal iaitu 6.30 petang, kita 7.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung arahan supaya sekolah tidak melaporkan kes positif COVID-19 kepada KKM ataupun MKN.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya perkara itu wujud, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan kes positif COVID-19 dalam kalangan mereka.

“Setiap individu, majikan mahupun pihak pengurusan sekolah wajib melaporkan kepada KKM jika timbul kes positif dalam kalangan pekerja atau pelajar mereka. Perkara ini juga tertakluk kepada universiti,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada aktiviti rentas negeri dibenarkan pada Ramadan dan perayaan Aidilfitri, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai ketetapan berhubung perkara terbabit kerana penilaian dibuat atas nasihat KKM.

“KKM yang memberi nasihat kepada jawatankuasa teknikal atau dalam sidang khas MKN sama ada untuk membenarkan atau tidak. Saya difahamkan, kalau Mei nanti kita semua patuh SOP sehingga kes turun menjadi 500 sehari mungkin penilaian baharu akan dibuat,” katanya. – Bernama

Previous Post

600 peluang pekerjaan bakal dinikmati anak Kelantan

Next Post

Dua perlawanan jadi projek perintis MFL

Related Posts

PKP Kelantan, kes meningkat 30 peratus
Utama

PKP Kelantan, kes meningkat 30 peratus

14 April 2021
Kes Covid-19 menghampiri 100 di Kelantan
Utama

MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

11 April 2021
Kelantan FC kecewakan Kuching City FC
Sukan

Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

10 April 2021
Next Post
Dua perlawanan jadi projek perintis MFL

Dua perlawanan jadi projek perintis MFL

Kelantan United FC tak rela cicir mata

Kelantan United FC tak rela cicir mata

Akira salahkan diri sendiri

Akira salahkan diri sendiri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist