Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Utama
Kerajaan jamin Parlimen bersidang tiba masa sesuai

Kerajaan jamin Parlimen bersidang tiba masa sesuai

Kerajaan sedar tanggungjawab keperlembagaan namun keutamaan sekarang adalah memerangi pandemik Covid-19

keadmin by keadmin
26 April 2021
in Utama
0 0
0
32
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Kerajaan memberi jaminan Parlimen akan kembali bersidang apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas Proklamasi Darurat ditamatkan, pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keutamaan kerajaan sekarang adalah mengenai kepentingan kesihatan awam dengan seluruh jentera kerajaan sedang memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.

“Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak termasuk parti-parti politik supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.

“Kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen,

“Namun keutamaan yang diberikan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam, memutuskan mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Parlimen kembali bersidang, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Malah sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen bebas lain turut menyuarakan gesaan sama kepada kerajaan berhubung perkara tersebut.

Jelas Takiyuddin lagi, pembukaan semula Parlimen itu bagaimanapun bergantung pada nasihat dan pandangan pakar yang akan diperolehi daripada pihak berkenaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa sama, tambah beliau, semua pihak termasuk pembangkang masih boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran yang dibenarkan termasuk melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal-hal berkaitan kuat kuasa Darurat.

“Tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi sebagaimana biasa termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguatkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

“Justeru, semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada Kerajaan dalam usaha giatnya demi memastikan survival hidup dan kehidupan rakyat melalui aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial,” ujarnya lagi.

Previous Post

Ketupat palas air tangan mualaf

Next Post

Mercun bernilai RM22,595 dirampas

Related Posts

400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan
Utama

400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan

16 January 2022
Royalti Minyak:Kenyataan Tengku Zafrul tidak selari keputusan sebelum ini
Utama

Royalti Minyak:Kenyataan Tengku Zafrul tidak selari keputusan sebelum ini

27 November 2021
Hujan di Kelantan sehingga 27 November
Utama

Hujan di Kelantan sehingga 27 November

25 November 2021
Next Post
Mercun bernilai RM22,595 dirampas

Mercun bernilai RM22,595 dirampas

Kanak-kanak tiga tahun lemas jatuh tali air.

Kanak-kanak tiga tahun lemas jatuh tali air.

Adakah perantau dibenarkan balik raya ditentukan hari ini

Adakah perantau dibenarkan balik raya ditentukan hari ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist