Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Utama
Kelantan benarkan solat Jumaat, Tarawih dengan 70 peratus kehadiran jemaah

Masjid mukim, surau dan musalla ditutup bermula 21 April

Hanya 17 masjid negeri, bandar dan jajahan dibenar laksana solat Jumaat, fardu dan tarawih dengan kehadiran 50 peratus jemaah daripada kapasiti asal

keadmin by keadmin
20 April 2021
in Utama
0 0
0
456
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengumumkan penutupan masjid mukim, surau dan musalla di seluruh negeri Kelantan bermula 21 April sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penutupan itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

“Bagi semua masjid mukim, surau dan musalla di negeri Kelantan adalah ditutup untuk semua aktiviti termasuklah bagi pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memaklumkan, Sultan Muhammad V mengampuni perkenan solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih dibenarkan di masjid negeri, bandar dan jajahan.

“Pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan dibenarkan 50 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan.

“Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Tambah beliau lagi, jemaah yang hadir ke masjid hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu berada dalam saf dengan penjarakan dua meter.

“Pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.
Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” ujarnya lagi.

Sebanyak 17 masjid bandar dan jajahan di negeri ini mendapat kebenaran oleh MAIK iaitu Masjid Muhammadi (Kota Bharu), Masjid Al Sultan Ismail Petra (Kubang Kerian), Masjid Al-Ismaili, (Bandar Baru Pasir Pekan), Masjid Sultan Muhammad II (Telipot), Masjid Sultan Mansor (Kampung Sireh) dan Masjid D’Raja Long Yunus di Langgar.

Selain itu, Masjid Bandar As-Salam (Pengkalan Chepa), Masjid Ismaili (Jajahan Tumpat), Masjid Mahmoodi (Jajahan Bachok), Masjid Ibrahimi (Jajahan Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Jajahan Machang) dan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra (Jajahan Kuala Krai).

Turut dibenarkan adalah Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Jajahan Gua Musang), Masjid Sultan Muhammad I (Jajahan Jeli), Masjid Sultan Muhammad III (Jajahan Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Jajahan Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil (Kuala Krai).

Previous Post

PKRC: Kerajaan negeri harap ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin

Next Post

#Terkini Covid-19 Kelantan: 259 pelajar sekolah menengah positif Covid-19

Related Posts

400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan
Utama

400 juta hasil petroleum telah disalurkan kepada Kelantan

16 January 2022
Royalti Minyak:Kenyataan Tengku Zafrul tidak selari keputusan sebelum ini
Utama

Royalti Minyak:Kenyataan Tengku Zafrul tidak selari keputusan sebelum ini

27 November 2021
Hujan di Kelantan sehingga 27 November
Utama

Hujan di Kelantan sehingga 27 November

25 November 2021
Next Post
#Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat

#Terkini Covid-19 Kelantan: 259 pelajar sekolah menengah positif Covid-19

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat – Polis Kelantan

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan

Orang ramai sedih tiada azan berkumandang

Orang ramai sedih tiada azan berkumandang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist