Monday, 8 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Utama
Nazrin Nawi wira Kelantan

Nazrin Nawi wira Kelantan

Kemenangan itu membolehkan The Red Warriors melonjak ke tangga kelima dan mencerahkan peluang beraksi di kempen Piala Malaysia musim ini

Zailani by Zailani
26 September 2020
in Utama
0 0
0
1.8k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

Pemain gantian, Mohd Nazrin Nawi muncul wira apabila jaringannya membantu Kelantan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United FC pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

Pemain sayap kiri itu tidak mensia-siakan peluang apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas rakannya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dikasari, pada minit ke-84 sekali gus membolehkan skuad kendalian Yusri Che Lah mengutip tiga mata penuh.

 

Kedudukan terkini TRW Kelantan FC

Kemenangan itu membolehkan The Red Warriors melonjak ke tangga kelima dan mencerahkan peluang beraksi di kempen Piala Malaysia musim ini selepas gagal memburu slot ke pentas Liga Super.

Tuan rumah yang turun dengan misi mencari kemenangan memperoleh peluang seawal minit kelapan namun Felix Odili gagal menolak masuk sebelum Sarawak United membalas menerusi Milad Zanidpour tetapi bola melepasi palang, pada minit ke-13.

Ketangkasan penjaga gol pelawat, Shaiful Wazizi Mohammad menafikan hajat Kelantan untuk membuka tirai jaringan lebih awal menerusi percubaan dari luar kotak penalti, Lazarus Kiambi pada minit ke-38.

Tuan rumah sekali lagi hampa untuk mengejutkan Sarawak United apabila rembatan deras Wan Zaharulnizam melepasi palang sekali gus terselamat gawang skuad bimbingan E Elavarasan daripada dibolosi, pada minit ke-59.

Minit ke-78 menyaksikan giliran pelawat pula gigit jari setelah percubaan pemain veteran, Mohd Amri Yahyah terkena palang ketika Mohd Fikri Che Soh sudah tertewas di depan pintu gol Kelantan.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma pada minit ke-84 apabila Wan Zaharulnizam dikasari dan Mohd Nazrin jelas tidak mengecewakan apabila merembat masuk dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

 

Kredit Foto: TRW Kelantan FC

Tags: TRW menang
Previous Post

Misi wajib menang Kelantan United

Next Post

“Pasar Purba’, pasar rakyat Kelantan

Related Posts

Kelantan FC langkah kiri
Sukan

Kelantan FC langkah kiri

6 March 2021
Ragini tuntut aksi terbaik pemain
Sukan

Ragini tuntut aksi terbaik pemain

6 March 2021
Kelantan FC terus dibayangi isu tuntutan gaji
Sukan

Kelantan FC dibayangi tuntutan tunggakan gaji lagi

5 March 2021
Next Post
“Pasar Purba’, pasar rakyat Kelantan

"Pasar Purba', pasar rakyat Kelantan

Pasar “Sena” mula dibuka Isnin Ini

Pasar "Sena" mula dibuka Isnin Ini

Lapan  geng basikal lajak ditahan

Lapan geng basikal lajak ditahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ragini tuntut aksi terbaik pemain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

8 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist