Tuesday, 2 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Utama
Pengecualian baharui LKM kenderaan persendirian, CDL sehingga 31 Mac

Pengecualian baharui LKM kenderaan persendirian, CDL sehingga 31 Mac

Pengguna jalan raya bagaimanapun perlu pastikan kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans

keadmin by keadmin
29 January 2021
in Utama
0 0
0
122
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan pengecualian bagi tujuan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan persendirian dan Lesen Memandu Kompeten (CDL), bermula 1 Februari hingga 31 Mac depan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, menterinya, Datuk Seri Ir  Dr Wee Ka Siong berkata, kementeriannya menerima maklum balas orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian mengenai LKM (tidak termasuk kenderaan perdagangan) dan CDL (tidak termasuk Lesen Vokasional) mereka yang
telah tamat tempoh di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.

Justeru menurut beliau, MOT memperkenalkan semula pengecualian itu susulan perkhidmatan operasi di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak telah dihadkan seiring pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu.

“Perkhidmatan kaunter yang disediakan ketika ini hanyalah untuk urusan berkaitan Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) sahaja.

“Atas dasar prihatin terhadap rintihan rakyat serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengelakkan kesesakan di tempat awam, MOT mengambil keputusan
memperkenalkan semula pengecualian bagi tujuan pembaharuan LKM dan CDL dalam tempoh PKP yang pernah dilaksanakan pada 25 Mac hingga 30 September 2020 semasa tempoh PKP1.0 sebelum ini.

“Sehubungan itu, saya telah memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan memperbaharui LKM dan CDL mereka berkuatkuasa 1 Februari 2021 hingga 31 Mac 2021,” kata beliau.

Bagaimanapun, pengecualian tersebut tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan mereka dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services) merujuk kepada Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

Jelas Ka Siong lagi, para pemandu bagaimanapun perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta dalam tempoh berkenaan.

Dalam masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai menggunakan platform atas talian yang telah disediakan oleh JPJ dan rakan kerjasama bagi
tujuan memperbaharui LKM dan CDL.

“Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021,” ujarnya.

Sementara itu, semua pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM juga beroperasi bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan itu.

Previous Post

Dikaitkan dengan jawatan MB Kedah, apa kata Ahli Parlimen KB, Takiyuddin Hassan?

Next Post

Dua daripada lima gajah di Tanah Merah dipindahkan

Related Posts

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac
Nasional

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac

26 February 2021
Rakyat sihat ekonomi melonjak
Nasional

Rakyat sihat ekonomi melonjak

25 February 2021
Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19
Nasional

Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

24 February 2021
Next Post
Dua daripada lima gajah di Tanah Merah  dipindahkan

Dua daripada lima gajah di Tanah Merah dipindahkan

Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman

Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman

Pas ‘serah’ Tanah Merah,Jeli kepada Bersatu

Pas 'serah' Tanah Merah,Jeli kepada Bersatu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerajaan Kelantan pindah 41 mangsa asap kebakaran tapak pelupusan sampah MDT

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

1 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist