KOTA BHARU-Walaupun tidak terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua sekolah-sekolah di Kelantan, Pahang dan Perlis juga diarah ditutup.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, semua sekolah ditutup mulai 9 Nov hingga 18 Disember 2020.
“Walaupun ketiga-tiga negeri itu tidak terlibat dengan PKPB tetapi penutupan perlu untuk keselarasan.
“Oleh itu, semua guru perlu berada di lokasi masing-masing, penggal persekolahan akan dibuka pada 20 Jan 2021 mengikut takwin yang telah dikeluarkan sebelum ini,”katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata, bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula 22 Feb manakala STPM bermula 8 mac 2021.
Semalam Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan semua negeri, kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis menjalankan PKPB bagi mengurangkan kes Covid-19.
😯 sekolah tutup sampai 18 Dis untuk SEMUA negeri bermula 9 Nov.. Tahun dpn baru buka secara bersemuka
Penggal baru 20 Jan 2021
Semua sekolah rendah
Murid ting 1,4,5,6
Ting 2 dan 3 mula 20 Jan 2021 secara pdpr
Kembali ke sekolah 8 March 2021
SPM 22 Feb 2021
STPM 8 March 2021
MUET 2020 ditunda ke 2021 tarikh belum ditetapkan