KOTA BHARU-Bekas Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Abdulah dikatakan bakal dilantik sebagai Pengerusi PH Kelantan bagi mengantikan Datuk Husam Musa.
Beliau dikatakan tokoh yang paling sesuai berdasarkan senario politik semasa yang menyaksikan Bersatu tidak lagi berada dalam Pakatan tersebut.
Namun bergitu, akar umbi PKR Kelantan juga mencadangkan agar Pengerusi mereka, Datuk Seri Supardi Mohd Noor turut diberi tanggungjawab mengemudi PH Negeri.

Memetik Malaysia Kini, Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Husain berkata cadangan melantik Wan Rahim sudah dibawa kepada Amanah Nasional dan dipersetujui oleh pimpinan.
“Cuma ia akan dibincangkan oleh pimpinan PH pusat untuk keputusan.
“Kita melihat cadangan ini adalah pilihan terbaik yang kita ada berdasarkan pengalaman dan kredibiliti Wan Abd Rahim,” kata Muhammad Hussin ketika dipetik.
Abd Rahim sebelum ini tidak mempertahankan jawatan Pengerusi Amanah Kelantan bagi memberi tumpuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan ( Kafa) yang diterajuinya.
Beliau bagaimanapun meletak jawatan selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Husam yang juga anggota Dewan Negara dilaporkan melepaskan jawatan pengerusi PH Kelantan, naib presiden Amanah dan bendahari PH.
Sekiranya dilantik, tugas pertama Wan Rahim adalah untuk meneliti kerusi-kerusi dalam PH negeri dalam PRU 15 yang dikatakan diadakan bila-bila masa dari sekarang